Tuesday, February 28, 2012

PIZZA CHOCOLATE ?

Assalamualaikum...

Nyum ! Nyum ! *telan air liur* Kepada penggemar cokelat mahupun pizza sedunia diharapkan anda bersabar ! Ya! saya penggemar tegar cokelat dan juga pizza. Tapi selalunya pizza topping pedas, kali ni manis pulak. Macam mane la rasanya ek? HUHU. Apabila terpandangkan pizza ini daku terbayangkan keenakan dan kelembutan donut big apple 'the alien' yang bagaikan coklat yang melimpah ke ladang gandum. Tengok! topping dia. perghh! penuh coklat kot. grrr*perut berbunyi* pastinya sedap hingga menjilat jari gitu. OHMAIII! Siyesly teringin sangat-sangat dah nak makan pizza cokelat ni. Maka Hana dengan gigihnya mengoogle resepi dan alhamdulillah. Dapat! Wah! tak sabar nak buat. Oh duit pinjaman. Sila la masuk cepat. Saya nak sambung hobi mem'baking' saya ni. Banyak resepi yang tengah 'que' ni. HUHU. *err~ orang bagi duit pinjaman suruh belajar, beli buku ke ape yang saya dok memborong barang-barang kek dan yang seangkatan dengannya. HOHO. *

p/s : nanti kalau menjadi Hana kongsikan dengan korang resepinya ye. =D

-sekepinghati-

Monday, February 27, 2012

S.O.R.R.Y T_T

Pernah tak bf atau suami korang merajuk atau mungkin dalam keadaan yang tiada mood, wahai wanita-wanita? HOHO. Apa cara agaknya cara untuk memujuk lelaki ye ? Kalau perempuan kita tau sonang ja nak buat dia kembali senyum. Alahh. beli kan aje coklat cadbury, pastu kasi la bunga yang dia suka sekuntum. sure-sure pastu hidungnya mengembang tanpa dipaksa sambil buat-buat muncung itik yang omey tapi dah happy sangat dah tu. HEHE. Kalau ada bajet lebih dan nak lebih berkesan ? hah. lagi senang. bawak pi kedai kereta. HUII. belum apa-apa 'abanggggggg, yang ni lawa tak?  yang ni? yang ni?' *ok, pening kepala nak layan*.

Tapi kalau lelaki apa cara dia? Tak mungkin dengan sebuah teddy bear mampu mencairkan hati mereka yang ala-ala ego sangat lettew~ Padahal dalam hati masih ada taman. eleh~ Pada pandangan hati Hana ni lah kan. Lelaki akan mudah goyah dan terpujuk dengan hanya satu perkataan 'MAAF' atau kalau korang bajet omputih kate 'SORRY' sambil buat-buat korang dah nak nangis dah (feeling anime mata berkaca-kaca). HEHE. Itu kalau si dia merajuk tapi kalau si dia tengah tak ada mood. Juga dengan kata-kata! haa. Orang kata, kata-kata lelaki mampu mencairkan hati wanita, tapi Hana rasa wanita juga mampu mencairkan hati lelaki dengan kata-kata yang diucapkan. 

Cuba korang bayangkan. Cepat! bayangkan! HEHE. Seorang lelaki yang sedang dalam mood yang tidak baik mungkin kerana masalah kewangan, kereta kesayangan dicalarkan, Xbox kena rembat ataupun PMS! err~ silap! sori, sori. lelaki tak ade PMS. HEHE. kemudian si wanita/isteri datang kepadanya, menatap tepat ke dalam matanya, memegang erat tangannya sambil berkata-kata memujuk dan memberi dorongan juga motivasi. Haa. confirm! mesti hati si lelaki akan sejuk walaupun tak lah 100%  masalah selesai tapi sekurang-kurangnya terasa ringan dan lebih bersemangat si lelaki tu. Tapi ini cuma teori Hana HEHE. tak dapat nak praktikkan lagi kerana status kini yang masih bujang. =P

-sekepinghati-

Sunday, February 26, 2012

#Wordless Sunday

Assalamualaikum...

L.O.V.E
p/s : Sebenarnye Hana masih tak paham. Kenapa wordless selalu dikaitkan dengan WEDNESDAY. kenapa tak day-day yang lain ? Apa dosa Wednesday sampai tidak boleh nak ada "word" langsung? tak patot. tak patot. HOHO. tapi hari ni Hana tak kira! Nak buat wordless Sunday jugak, sebab malam ni Hana malas nak "word2" sangat! <--- Korang : ni bukan word ke?
Saya : err~ HEHE =P
-sekepinghati-

Lelaki Suka Perempuan Cantik Je ?

Assalamualaikum...

Hai adindaku yang cantik rupawan, 
Wajahmu bersinar bak bulan purnama,
Kulitmu halus bak sutera,
Putih kulitmu bak kapas dipusar,
Hidungmu mancung bak seludang,
Pipimu licin bak pauh dilayang,
Bibirmu bak delima merekah,
Rambutmu....=.=
Rambutmu hitam jambul di depan. 
CUTTTTTT!!!! *da macam drama P.Ramlee pulak. HAHA.*

See. Sejak zaman berzaman lagi kaum lelaki sudah membuktikan bahawa mereka lebih minat & suka dengan perempuan yang cantik. Yang macam dayang senandung yang macam Hana ni?? hah! tolak tepi. Sob sob :'( Laju..laju...buaiku laju...pohon beringin...Buailah! Buailah! Saya nak kahwin dengan anak raja. *ok,gedik* HOHO. Novel-novel yang laris di pasaran, filem-filem yang box office termasuklah drama petang-petang atau malam-malam yang korang dok layan tu, semua heroin dia mesti lawa-lawa kan. Sehinggalah kekadang terasakan bahawa dunia ni hanya untuk perempuan yang cantik saje.

Apa yang zahir, mestilah itu yang dipandang dahulu kan? Sebab tu lah manusia terutama lelaki akan tertarik kepada kecantikan sehingga terlepas pandang untuk menyelami, memberenangi hati budi perempuan itu terlebih dahulu. Eleh~ laki hampa toksah kelentong, Hana ada kawan lelaki jugak, kalau nampak awek lawa. fuhhh~ sampai dah hilang bayang die baru korang paling kepala kan ? kan ?
Korang (dlm hati) : HEHE. mane die ni tau nih.

Kawan-kawan perempuan Hana selalu cakap, cantik tu subjektif. Tapi yang Hana hairan bila kena berjemur panas mesti dorang kata "alah, hitam dah kulit aku" sedangkan mereka kulit putih. "OMG jerawat!!! sambil cuba memicit-micit jerawat tersebut" sedangkan kulit mereka licin. "Aku gemuk la" sedangkan haishh mereka tu lagi kurus dari Hana lah. Jadi, Hana rasa mereka cuma cakap begitu untuk sedapkan hati dayang senandung macam Hana ni saje. kbhai~

Sedangkan perempuan pun menilai kecantikan dari luaran apatah lagi lelaki. Barulah mereka rasa bangga nak tayang awek dia kat kawan-kawan kan. ye dak lelaki? Tapi siapa tahu perempuan yang so-so tu lebih mulia hati dia daripada perempuan yang cantik. Jadi mana yang korang akan pilih ? hati budi ? atau masih luaran ?
#Honestly, kadang-kadang terbit rasa kecik hati & jelez apabila melihat perempuan cantik. HUHU#

p/s : Jadi Hana di sini betul-betul nak tau. Lelaki ni memang suka perempuan yang cantik je ke dan kenapa ?

-sekepinghati-



Thursday, February 23, 2012

SUKA tapi GELI !

Assalamualaikum...

Ya, saya suka awak. Jujur! Sebab awak manja, pandai mengambil hati dan perhatian saya. Pandangan matamu mampu membuat daku cair. Suaramu.... Ahh! Tiap kali pandang awak di mana-mana hati saya tenang, bibir tersenyum sendiri. Tapi kita tak mungkin akan bersama. Memang saya suka awak tapi....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
saya GELI ='(

Korang : HAHA. tah pape tah kucing yang comel pon nak geli !
Kucing : Tah! Aku ni sikit punya comel ! ce tengok muka innocent aku. sape pon cair.
Katakan apa saja! Daku rela. Tapi sesungguhnya Hana memang penggeli dengan makhluk ciptaan Allah yang sangat sangat omey ini.

Sebab-sebab mengapa kucing saya geli dengan kucing :
1. Sesetengah kucing yang bulunya luruh. 
Inilah yang dikatakan kerana kucing seekor, habis rosak semua nama-nama kucing sedunia. Ini serius geli sebab rase macam x hygiene. Kadang-kadang kucing jenis ini tersangat la omey ala-ala kucing parsi yang memenangi oscar award. *eee. geyam nk ubit pp iye* haha. Bila saat mahu pegang tiba-tiba terpandang bulunya yang lebat & lurus yang seperti menjalani rawatan stim di salon itu keguguran lalu berterbangan di udara. Hana pun =.='

Jadi Hana mengesyorkan para penternak kucing sedunia supaya memilih syampoo yang betul untuk kucing korang. Lebih baik kalau jenis "fur fall control". Jangan pulak guna sabun basuh pinggan mak korang untuk memandikan mereka. Itu yang sebenarnya yang terpendam jauh di lubuk sanubari kucing-kucing setelah Hana jalankan temubual dan soal selidik terhadap mereka. Melalui persatuan kucing-kucing sedunia, kucing-kucing menyatakan ketidakpuasan hati terhadap produk penjagaan diri yang hampehhhh digunakan terhadap mereka. HEHE.

2. Perut anak kucing yang terasa & nampak 'merenin'
merenin = bahasa utara *bahasa DBP apa tah. korang tau ? HEHE.*
Bagi mereka yang tak paham 'merenin' tu. Korang cuba pergi tengok anak kucing kat rumah korang. Haa? tak ade anak kucing ? Pinjam la kejap anak kucing rumah mak Temah belakang rumah korang tu. Dah tengok dan rasa? kan die macam keras-keras macam termakan kenyang sangat pastu kalo angkat terasa tulang-temulang dia apatah lagi ketika mereka meliang liuk @ menggelupur untuk melepaskan diri. Ketika itu lah Hana akan Euuww~ *geligeli*. Kerana dikhuatiri anak kucing omey itu akan terlepas dari gengaman, maka alangkah baik jika Hana tidak memegangnya. kan ? Maka, tiadalah ibu-ibu kucing membuat dakwaan terhadap Hana yang jika sabit kesalahan akan dikenakan hukuman mandatori bersihkan najis kucing seumur hidup. eeuuww~ HEHE.

P/s : kepada mereka yang mempunyai anak kucing. AWAS! jauhkan dari Hana sebelum anak kucing korang menjadi mangsa yang ke berapa tah. Wohaa!

Dua perkara tersebut adalah faktor terbesar yang menyumbang kepada kegelian Hana terhadap kucing. 'Geli' kerana kotor & 'geli-geli' kerana .... errrr~ GELI lah. rasa euuww euuww~ camtu. MAAF kucing =/

P/s : Korang peminat/ tak minat kucing ? Jom cerita apa yang membuatkan korang rasa begitu & ke'special'an kucing korang ! =D
-sekepinghati-

Wednesday, February 22, 2012

adakah anda OSEM ?

Assalamualaikum...

Saat ini terasa sangat sakit dada ini seperti hati yang melompat keluar lalu tergelincir jatuh dari tingkat limabelas tanpa sempat berpaut pada apa-apa untuk menyelamatkan hati ini. Pranngggg!!! berkecai. Walau boleh dicantum atau ditampal dengan gam gajah sekalipun, namun rupanya tidak akan kembali seperti dulu. Hati ini hancur dan luluh keranamu...hati ini, hancur dan luluh keranamu...tergamak kau berpaling dan teguh memilih dia...


Sungguh! kita tak pernah boleh lari daripada masalah mahupun ujian. Kadang-kadang kita mengeluh "huuuuuu" "hmmmm", kadang tu pulak kita menangis "isk isk" "sob sob". Tapi pernah tak kita fikir yang masalah dan ujian tu lah yang buat kita sekarang ni jadi osem! \ ('o') Hati kita makin kuat. Betul tak? So, sekarang Hana rasa sangat osem & kuat! HEHE.

Dulu mungkin Hana akan menangis tersedu sedan. Tapi sekarang Hana mampu pamer senyuman dan kadang kadang ketawa ala-ala shin chan *wahhh! big clap for me, TQ,TQ* bila dipersalahkan kerana cuba mengganggu gugat hubungan percintaan mereka yang tidak halal tu. Beep! zzz..zzz...*vibrate, now press function key, keypad unlock, from ONE&ONLY *err~ asal Hana x rename lagi contact no. die. haish* "awk jgn gngu sy lg, sy tank awk gngu sy dgn gf sy lg,bye" OH MY! Hana pakat gelak sakan sebab Hana tau bukan si jejaka yang send msg tu. tapi si gadis yang cemburu buta. HAHA. Kadang-kadang Hana rasa kasihan dengan kanak-kanak yang baru nak UP ni. Hana pernah dicaci dimaki oleh si gadis, itu lagi membuatkan Hana bertambah kuat. Kalau korang tetap tersenyum dan ucap "Hasbunallah wa ni'mal wakil" , "La hawla wala quwwata illa billah" dan "Inna lillahi wa inna ilaihi raa'jiun" (kredit : Saya benci bila fb lembab macam kura-kura joging) walaupun dugaan yang datang bagai puting beliung lagaknya, terbukti ANDALAH orang yang paling osem ! =D
#kisah ini hanya selitan semata-mata.

So, tak kiralah berat macam mana pun masalah kita, sakit macam mana pun hati kita, kita mesti bersangka baik pada Yang Esa. Ada hikmah yang kita tidak sangka, dirahsiakan hingga suatu saat akan muncul sinar bahagia. "Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jua Yang Maha Mengetahui (semua itu), sedangkan kamu tidak mengetahuinya" (Surah al-Baqarah :216) 
p/s : Sekarang saya sudah ditunjukkan hikmahnya sedikit demi sedikit & saya tak menyesal minta untuk putuskan hubungan! tak pernah disangka selama ini ditipu & dimainkan walaupun setia menunggu selama 5 tahun. Terima kasih kepada kawan-kawan kerana sentiasa bersama saya. Love korang sangat-sangat. 

-sekepinghati-

Tuesday, February 21, 2012

DUIT mampu beli CINTA ?

Assalamualaikum...


Hanya sampai di sini saja, kisah cinta kita berdua, tiada daya selamanya, terhenti, di sini.
Lagu lara lagi berkumandang di hp tigatigasekupang sambil kedengaran deruan ombak menghempas pantai ala-ala filem ombak rindu. Mimik muka ketika ini haruslah pilu, sedih, muram. Haa! begitu! stay muka ketat tu sampai habis entry ni. HAHA. *guraugurausaja* ce cenum itit nak en0k. <--- baby moden pun dah tak pakai bahasa ni *malu*. Muka ketat membuatkan anda kelihatan tua! So, senyumlah wahai adik manis mahupun abang-abang kacak.

Baiklah adik manis & abang kacak sekalian, siapa kat sini pernah atau sedang bercinta ? angkat dua-dua belah tangan  \ (^.^) / . Haish, ramainya! mesti tatkala ini hati mengk0me tengah dup dap dup dap teringat si dia! hah! sebelum ada komen-komen yang kurang enak, bercinta tak bermaksud belum berkahwin. Apa ? ingat orang tak kahwin je ke bercinta ? yang dah kahwin lagi syok bercinta. Yang belum kahwin tu ? Tak reti-reti lagi ? Pergi la masuk meminang buah hati tu. Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama, dia diambil orang. hehehe~ *gelakgatai*

Kadang-kadang Hana terfikir, cinta tu boleh dibeli dengan duit ke?
Korang : Aney! cinta sattuuu !!
Err~ bukan tu lah maksud Hana! bukan! bukan! kang ada pulak yang pergi kedai aney nak beli cinta. =.='
Maksudnya, lelaki/perempuan yang poket tebal a.k.a kaya ni boleh senang-senang dapatkan kekasih dengan duit yang dorang ada. So, dorang akan taburkan duit dekat korang, bagi apa yang korang nak *ce korang bayang korang tengah tidur atas katil yang dilimpahi berjuta-juta lemon duit*
Korang : O.O
Saya : Hah! terbelik bijik mata hang! HAHA.


Tapi, betulkah itu cinta? Atau hanya lakonan cinta semata-mata sebab lelaki/perempuan tu berWANG? Bahagia ke kalau cinta yang korang dapat sebab korang ada duit?
Tapi sejak zaman tok kadok dulu *saya masih tak paham kenapa orang selalu kaitkan dengan zaman tok kadok bila nak gambarkan zaman dahulukala* pun memang dah wujud kot cinta kerana duit nih. Jadi betul la duit boleh beli cinta? huhu. yes! Apa-apa hal kemenangan selalu di pihak mu wahai DUIT.
Saya : Eleh, bangga la tu En.Duit. *memandang dengan pandangan tak puas hati*
Duit : =D *sengih kambing*
Tapi En.Duit still kalah dengan bahagia, sebab duit TAKKAN MAMPU beli bahagia!
Saya : =P kat En. Duit. HAHAHA.
Yes, duit memang boleh beli cinta, tapi tak mampu nak beli bahagia. Sebab bahagia hanya muncul jika korang ikhlas bercinta bukan sebab harta dia. So, ikhlaskan diri & hati anda untuk peroleh bahagia.

Err~ asal dengar pisau cukur mesti gambaran perempuan yang kelihatan di mata korang kan! Hye! korang bias! lelaki juga ada yang pisau cukur OK. Kbhai.

tibatiba teringat pengalaman sendiri, adakah cinta awak mampu dibeli ?
#Ye awak, dengan saya kita hanya naik public transport je, tapi dengan dia awak naik viva. selesa kan?
Roomate saya : eleh~ dia ada viva je, tapi sekarang hang ada perdana! 
#Ye awak, keluar dengan saya, saya tak dapat nak pay0ng awak (makan,wayang,hadiah), tapi dengan dia, dia boleh pay0ng awak makan, wayang, CD Xbox awak, semua atas angin.
#Ye awak, saya tak mampu nak beli cinta awak sebab saya terlalu ikhlas cintakan awak.

P/s : Apa pendapat korang pasal tajuk ni? Jom kongsi!

-sekepinghati-


DIET vs GASTRIK

Assalamualaikum...

Pada suatu malam yang dingin, boleh terasa hingga ke tulang hitam kot sejuknya. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa kalah gadis-gadis yang sedang berbisik atau gosip-gosip pasal Aaron Aziz. Katak-katak pula sedang sibuk berlatih vokal supaya tiada yang tersingkir dalam pertandingan vokal bukan sekadar rupa. Woott woott. Ahh! cukup dengan semua itu. Hiperbola sungguh! ni mesti berjangkit dengan si khuzy la ni, cerita pasal nak tampal kertas kt tingkap bilik pon dah mcm gaya nak pergi ke bulan sana nun. HAHA.

Alkisahnya, nak cerita pasal diet. PEREMPUAN = DIET. Memang tak boleh nak pisah langsung. Mereka lebih sanggup mengikat perut, menelan air liur, melihat tanpa kelip-kelip mata daripada dibelanja oleh pakwe/kawan pizza hut, kepci, mecdi atau yang sama waktu dengannya tu lah. Padahal dalam hati  memberontak macam perang gerila pun ada. Sengsara! "aku dietlah", "Aku dah gemuk", "Eee tembamnya pipi aku" <-- ayat pemes tatkala melihat diri mereka dlm kamera deselar tapi dalam hati kata "omey jugak aku nih". Err~ Hana pun macam tu ke? kbhai

Tapi tapi dan tapi ! Tidakkah kalian kasihan pada mereka termasuklah Hana yang omey sihat ni? Kami lagi superduper sengsara. Kami mahu diet tapi sistem pencernaan, perkumuhan dan segala macam sistem per- lagilah yang berkaitan perut kami jelez kalau kami ingin berdiet. gastric juice ! awak MUSUH saya. Saya tak nak kawan awak walaupun awak ni baik la jugak tolong cerna makanan untuk saya. Kami tidak boleh dipisahkan dengan nasi. Jadi siang, malam nasi. Kalau lambat makan nasi bersiap sedialah untuk guling-guling walau di mana anda berada. oktipu bab guling-guling tu, malu kot nak guling depan orang. huhu~ mana la tak m0k macam ni. hidup bergantung dengan nasi/makanan.

Pantang larang orang gastrik ni (bantuan En.Google) :
1. Makanan/minuman berasid. Contoh : limau ais <--- feberet Hana :'(
2. Makanan pedas.
Saya : hyee! Hana orang Melayu mana boleh tak makan pedas!
En. Google menjegil mata! O.O
3. Makanan ber'angin'. Contoh : pucuk ubi, kekacang
Saya : Hana tak boleh hidup tanpa ulam/sayur!
4. Makanan yang mengandungi yeast. Contoh : roti, pizza.
Saya : asal pulak ?? x aci betol lah! kalau takde Hana pizza tak laku tau.
En. Google : "sekarang ni kau nak cakap ke aku yang nak cakap ?!"
Saya : =.=' teruskan Encik.
5. Air berkarbonat/gas > fuhhh. selamat Hana memang tak suka air gas
6. Susu
Saya : SUSU??!! demm! Hana suka gila-gila minum susu! awak tipu! tipu! tipuuuu!! *sambil memukul-mukul En.Google dengan kertas tisu* Wohaa!


Haa...kan. banyak pantangnya. Sebenarnya ada lagi pantang larangnya. Tapi yang bab susu tu Hana tak setuju langsung & ada jugak banyak percanggahan. Ada yang kata minum susu tu lagi ok sampai sarankan kerap kali minum susu. Hana tetap berpantang. tapi PANTANG NAMPAK! haha. semua pun bedal. sakit belakang kira. Cuma bab makan tu la yang tak boleh nak skip. So, macam mana nak DIET ni ?? =(

p/s : anda gastrik & ada cara diet berkesan ? jom kongsi!

-sekepinghati-

Thursday, February 16, 2012

Kini KEMBALI !

Assalamualaikum...

Yeayy ! akhirnya kembali setelah sekian lama membiarkan blog kesayangan usang tanpa sebarang coretan hati. Tapi usang bukan sebarang usang. Usang kerana blog ini perlu digunakan bagi memenuhi kursus elektif. Oleh kerana malas nak buat blog baru, maka blog hatiku menjadi mangsa. Now, result pun dah keluar. So, bolehlah kembali menconteng. HEHE.

sapa rindu Hana? ce angkat tangan. OK. xde. *segan* Kbhai
-sekepinghati-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...