Saturday, March 24, 2012

KTM baru !

Assalamualaikum...


Semalam pertama kali dapat naik KTM baru ni UKM ---> Rawang walaupun memang tiap minggu balik naik train. Wuu excited! Sampai abis setiap sudut Hana tilik. OK. tak payah nak jakun sangat! HEHE. *malu* Eleh~ korang pon mesti sama kalau dapat naik train baru ni kan. Lagi-lagi mereka yang jarang sangat naik train. Tapi rasanya train ni keluar time peak hour je (dalam jam 5 lebih camtu).

OK. Mai sini Hana nak kasi gambaran tentang train ni supaya korang pon teruja nak naik sama. 
1. Ada 6 coach daripada yang lama 3 je. Memang panjang betoi. Coach 3 & 4 (tengah) for ladies only at all time ye abang-abang, pakcik-pakcik. Sila la, JANGAN naik coach wanita. kami RIMAS! 

2. Pastu area dalaman lebih kurang LRT & monorel. Kira dah tak ada la pintu slide tu. Korang boleh pegi coach sebelah tu camtu je. 

3. Ada LCD screen macam train balik kampung. Bosan-bosan boleh tengok cerita. 

4. Pastu yang kat rajah laluan yang kat atas tu, alaaah yang korang selalu nak tengok lepas ni stesen apa. Haa. yang tu pon dah elektronik. Tiap kali dia dah lepas stesen tu dia akan jadi kaler merah. Yang belum kaler hijau. 

5. Pastu ada display yang tunjuk kita kat stesen mana & dah lepas stesen mana siap ada jam & tarikh. Kui3~ Kira kalau korang terjaga dari tidur tak ada la mengelabah nak tanya orang sebelah dah dekat stesen mana sekarang.  

6. Pastu ada CCTV lagi! siap laa pencabul! korang memang takkan terlepas! HAHA*gelakkejam*

Tulah antara perubahan KTM baru ni. Agak selesa (tapi kerusi dia keras) terutama bila kena time peak hour. Tak ada la rasa macam sardin dalam tin lagi. HUHU.

p/s : Sape yang dah naik? Jom kongsi pendapat korang pasal tren baru ni. Korang rasa OK ke KO? Apa-apa pun terima kasih KTMB kerana berusaha memberikan keselesaan kepada pengguna. =D

-sekepinghati-  

Tuesday, March 20, 2012

Hadiah yang TERISTIMEWA !

Assalamualaikum...

Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah Kau masih menghidupkan hambaMu. Memberi peluang untukku mendekatiMu. Hari ni tanggal 20 MAC 2012 maka genaplah usia saya duapuluhdua tahun. Yakni semakin hampir diri ini dengan kematian.

Terima kasih my lovely mummy yang lahirkan Hana yang tidak cukup 2 bulan ini ke dunia. mengasuh, mendidik, sabar dengan kerenah dan telatah yang kadang kala agak mengada dan kuat merajuk *pengsan* HEHE. I LOVE U MUMMY! Terima kasih my lovely ayah yang menjaga dan melindungi anakmu selama ini. I LOVE U AYAH!

Sengaja Hana meng-private kan tarikh lahir dari pengetahuan ramai kat FB. Ingin menduga kawan-kawan ingat ke birthday Hana. Maka, hari ini tiada post mahupun tag daripada kawan-kawan mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR! Tak! Tak sedih! HUHU. Mereka yang ingat birthday Hana adalah. jeng jeng jeng~
|
|
|
v
Mummy
Khuzy (Roomate)
Azwa
Hazwani
Joe 
Hidayah
Ain

Sikit kan? HUHU. TERIMA KASIH korang. Terharu sebab korang ingat walaupun tak ada dalam FB. HUHU

Tiada kek dan sambutan seperti tahun-tahun sebelumnya TAPI ! Hana dapat hadiah yang paling istimewa hari ni. Hari ini Hana outing dengan coursemate, main bowling. Siapa sangka. Siapa duga. Kami jumpa dengan Ustaz Don Daniyal kat situ sama jugaklah nak main bowling. Lane bowling sebelah kitaorang pulak. HEHE. Ustaz sangatlah sporting! BEST! Teror main bowling pulak tu. HEHE. Terima kasih sejuta lemon Ustaz belanja kitaorang air *sayapemalusampaitakperasanwajahsebenarustazsebabtakberanitengokbetulbetul* =D
Korang : eleh~ jumpa Ustaz Don pon kecoh.
Saya : Ehh. mana kecoh. bagi tau je. HAHA.


p/s : Apa hadiah teristimewa yang korang dapat tahun ni dan pada yang belum, apa hadiah yang korang nak? Jom kongsi =D

-sekepinghati-  

Monday, March 19, 2012

Nak Tahu Waktu Solat Guna HP ?

Assalamualaikum...

Ayat bualan ramai : Weh, da masuk ke belum haa waktu solat?
Ntah, tak tau la. kita kan kat tempat orang/luar.
Solat je lah. Dah masuk KOT.

Kadang-kadang bila kita keluar jalan-jalan atau bermusafir mesti susah nak tahu waktu sebenar masuk waktu solat kan? Yelah, kalau kat TV atau radio tu untuk wilayah persekutuan dan kawasan yang sama waktu dengannya sahaja. So, kalau azan pun mungkin tempat yang kita pergi tu bukan kawasan yang sama waktu dengannya jadi kita tak pasti dah masuk ke belum waktu solat. Kalau kat shopping complex pulak mana la nak dengar azan kan. HUHU. Dan dan dan ! lagi huru-hara kalau tengah berpuasa tapi tak tahu waktu maghrib. Da tu macam mana nak berbuka ye dak? Kan sunnah Nabi mempercepatkan buka puasa. =)

Jangan risau, seiring dengan kemajuan teknologi kita mampu check waktu solat pakai HP sahaja dan PERCUMA. Ini serious*nada wonderpet*. HEHE. Tau dah korang mesti berat kan kalau kena caj. Haish Korang detut*baca kedekut*  kredit lah! Meh sini kak long, mak ngah, bang chik, pak su. Mai tengok nombor telefon dan kawasannya.
|
|
|
v
Area Kuala Lumpur = 01548406384
Area Gombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam, Selangor = 01548406391
Area Kubang Pasu, Kota Star, Alor Star, Kedah = 01548406385
Area Kangar, Padang Besar, Arau, Perlis = 01548406387
Area Port Dickson, Seremban, Kuala Pilah, Jelebu, Rembau, Negeri Sembilan = 01548406390

Caranya, dail nombor berkenaan tapi tak payah letak kat telinga, tengok je skrin tu sampai end call dengan sendiri pastu nanti keluar la waktu solat tu kat HP korang.
#harap bersabar ye, kadang-kadang tak dapat. huhu

Pakat save la nombor ni. Kot-kot nak guna nanti senang. Tinggal dail sahaja. Buat masa ini daerah & negeri yang berkenaan sahaja yang diketahui. Kalau korang ada tau nombor daerah & negeri lain jom kongsi dengan kawan-kawan. =D

sumber : page kat FB. tapi lupa yg mana. huhu.

p/s : SEMBAHYANGLAH ANDA SEBELUM ANDA DISEMBAHYANGKAN!

-sekepinghati- 

Saturday, March 3, 2012

Pergimu Tiada Ganti.

Assalamualaikum...

Dalam kenangan ='(
Hana mengalami kemurungan yang teruk apabila kehilangan HP kesayangan (Motorola L7) pada tahun lepas. Sehingga termimpi akan HP tersebut. Saban hari Hana menyebut-yebut HP ni sampai mak saya naik bosan dengar. Sob Sob :'(
Korang : Euuww~ kalah orang putus cinta. tah pape tah. HP je kot.
Ya, pada pandangan korang, ia cuma HP biasa tapi pada Hana ia amat berharga. Banyak kenangan antara Hana dan ia. Walaupun sudah berkhidmat selama 4 tahun tapi kondisinya masih superb! Boleh kata pada tahap 9/10. berkilat seperti baru,  tak pernah meragam. Kalau korang nak tau, ia juga adalah HP pertama yang Hana beli dengan duit sendiri. Lain rasanya barang yang kita beli dengan duit sendiri. Sayang sangat-sangat. 

Mungkin HP ni nak Hana melupakan si dia sebab kehadiran HP ini seiring dengan kehadiran dia dalam hidup Hana. Saksi cinta Hana dan saksi juga ketika kami putus. Dalam HP ni banyak sangat kenangan, gambar dan mesej ketika bersama si dia dari mula kami kenal lagi. Mungkin HP ni tak sanggup tengok Hana sedih lagi sebab tu ia menghilangkan diri supaya saya tak dapat membaca mesej lama kami, melihat gambar kami bersama. HUHU. Sedikit sebanyak kehilangan ia dapat membantu Hana melupakan si dia. Walaupun banyak pengganti, tapi takkan pernah sama dengan ia sampai bila-bila.


p/s : Kamu kat mana ye sekarang ? dengan siapa? Hana rindu kamu. :'(
terima kasih, kamu sangat berjasa pada Hana selama ini.

-sekepinghati-

Friday, March 2, 2012

Saya Ahli PBSM ^_^

Assalamualaikum...

Ninoninonino. ketepi~ ketepi~ HEHE. Dengan ini saya mengisytiharkan bahawa saya adalah ahli PBSM yang aktif. Dah boleh dapat anugerah! Wohaa. Eh Eh. Bukan! Bukan ahli PBSM yang Persatuan Bulan Sabit Merah tu. PBSM ni stand for Persatuan Balik Setiap Minggu ! HAHA. Ok. Semester baru mula 2 minggu dan 2 minggu jugak lah Hana tak terlepas untuk membalikkan diri ke rumahku syurgaku tiap minggu.

Owh. Maaf roomateku kerana meninggalkanmu bersendirian. Maaf juga coursemates ku yang kerap kali melampiaskan api cemburu saat daku berkata "lepas kelas ni aku balik". HEHE. Nak buat macam mane. Sementelah jarak rumah dengan UKM ni dekat je. Jadi, Hana takkan lepaskan peluang untuk pulang pada awal-awal semester ini sebab assignment pon tak ada lagi kan. 

Kerelevanan pulang tiap minggu ? Uishh. Sangat la relevan. Antaranya :
1. Menjimatkan wang. Ni faktor utama nih. HEHE
Ok. Hana memperuntukan belanja makan sehari = RM10. Saya mula pulang hari Khamis petang/malam hingga Ahad petang. Jika saya tidak pulang ke rumah, maka saya akan membelanjakan RM30. Wah! banyak tu. Boleh cover makan untuk 3 hari kan. Hah. lagi satu! kalau tak balik rumah mesti nak berjalan je kan. *alah~ korang pon same. kan? kan?* So, sekali keluar dah RM50-100 dibelanjakan. Ish ish ish! kan ke dah melebihi RM30 tu?
2. Dapat makan masakan emak yang mabeles!
Bukan bermaksud makanan kat kafe kolej tu tak sedap. Tapi memang mak masak lagi s0dap lah walaupun kadang-kadang lauknya biasa je tapi makan bertambah-tambah. Owh. air tangan ibu tu sangatlah sedap! Setuju??? Haa. pastu kat rumah ni makan heaven! Asal lapar je bukak peti ais, ada coklat, air twister sampai 3 botol lain rasa, buah-buahan. Tak masuk lagi macam-macam jenis biskut, roti yang boleh disapu dengan pelbagai jenis jam. Ahh! Heaven! Tapi kalau kat U, perot lapar. Terpaksa la menahan saje. Nak makan biskut pon. kalau hari-hari, mampu ? Haiii.
3. Line internet yang laju. HAHA.
Kalau di U, saya terpaksa berkongsi perkhidmatan internet bersama beribu lagi pelajar. Maka tahap kelajuan internet sangat la mendukacitakan. Broadband? ahh. pon same! Kat rumah ni memandangkan penggunanya hanya saya seorang, maka kelajuan untuk mendownload drama bicara hati adalah kurang daripada sejam dan no buffering ketika menonton ceramah ustaz don di youtube. HEHE.
4. Rehat yang berkualiti
Ya! Hana rasa rumah adalah tempat rehat terbaik. Terapi tekanan/stress terutama apabila musim hampir kepada deadline assignmet. Borak-borak dengan mak, tengok tv sambil berbaring *kalau kat U nak tengok tv pon kt ruang tv, x boleh nak baring-baring, kadang tu kena berebut channel dgn orang, sangat lah x besh!*, keadaan rumah yang sunyi,  bau cadar dan selimut di rumah. Semuanya menyelesakan. 

Jadi, haruslah kan Hana pulang setiap minggu ! HEHE. jangan jelez =P

-sekepinghati-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...