Sunday, July 29, 2012

Jenis-jenis Waktu Solat

Assalamualaikum...

Hari ni Hana nak share jenis waktu solat. Mungkin ada yang dah tau tapi Hana rasa ramai lagi yang belum tahu secara detail. Meh kita usha meh.

1. Waktu Fadhilah (waktu utama) 
Tempohnya adalah 10 - 15 minit selepas azan dikumandangkan. 
(Muslim yang menunaikan solat pada tempoh ini bukan sekadar dapat pahala solat tetapi DITAMBAH BONUS PAHALA WAKTU FADHILAT)

2. Waktu Ikhtiar (waktu yang lapang)
Tempohnya adalah bermula selepas waktu utama hingga sebelum masuk waktu solat yang lain.

3. Waktu Mubah (waktu harus)
Tempohnya adalah sekadar cukup untuk menunaikan solat fardhu sahaja, selesai sahaja solat terus terdengar azan tanda masuk waktu solat yang lain.

4. Waktu Makruh (waktu yang ditegah)
Tempohnya adalah belum selesai solat fardhu, azan telah dikumandangkan untuk waktu solat yang lain.

5. Waktu Haram 
Tempohnya adalah solat di dalam waktu solat yang lain yakni QADHA (ganti) solat.
Contoh : Solat Zuhur dalam waktu Solat Asar.

Jadi, Yang mana satu menjadi kebiasaan waktu solat kita? Atau masih ada yang masih belum cukup waktunya dalam mengerjakan solat? Atau masih ada yang tidak solat langsung? Muhasabah diri.

Kepada mereka yang masih tidak menunaikan solat. Fikirlah. Jika Allah meletakkan harga pada setiap sedutan oksigen yang anda nikmati secara percuma sekarang. Anda mampu bayar? BERSYUKURLAH, maka SOLATLAH sebagai tanda anda bersyukur!

Sumber : Facebook Syarifah Fatimah Nur'asyiqin Al-Yahya

-sekepinghati-

Thursday, July 26, 2012

Aku Terjah! Aku Follow! Apakah itu?

Assalamualaikum...


Eheh. Hana men-join-kan diri dalam segmen incik Azizi setelah ditag oleh incik Hery.
Sepantas kilat Hana update sebab 50 TERAWAL DAPAT 4GB PENDRIVE!
Korang nak dapat pendrive jugak? Cepat! Cepat! (KLIK SINI)
Tarikh tutup : Setelah cukup 100 bloggers

Kenapa Hana Terjah ?
Selalunya Hana akan terjah mereka yang singgah kat blog Hana tak kira siapa pun. Dan Hana akan terjah lagi! dan lagi! bila  Hana dah betul-betul tertarik dengan blog tu dari segi content & rupa blog tu.

Kenapa Hana Follow ?
Hana follow untuk tingkatkan followers (mestilah kan? hehe) tapi paling penting nak cari kawan-kawan alam maya yang serasi bersama & sekepala time susah senang *peace* ^.^ v 

Hana TAG :

Nak Beli ke Tak ? =/

Assalamualaikum...

Gucci Classic in Brown
Handbag idaman. Nak sangat-sangat !

Duit dah ada tapi nanti nak dekat raya nak jalan-jalan shopping dengan kawan-kawan. Dah tentu-tentu shopping sakan. Duit lagi. Nak buka puasa kat luar lagi. Duit jugak. Adess.
Korang rasa patut ke tak Hana beli? #Delima sungguh aih. =.='

Wednesday, July 25, 2012

Terima Kasih Hery =p

Assalamualaikum...

Kihkih~ nama si Hery agak dah sebati dalam blog Hana. Aiceh~ yela. Sejak mula-mula kenal blogger ni terus cam rapat walaupun sekadar kawan di alam maya sahaja. Sebab beliau sangat cool & peramah also. First Hana kenal masa mula-mula join contest kedua beliau. Cipta slogan (SINI) & Alhamdulillah selepas disaring menyaring bagai. Hana berjaya dapat no.3 ! Sebab Hana tertarik nak join? Syarat contest beliau yang sangat simple. Tak payah nak like & follow sampai berpuluh orang & paling penting hadiah beliau lain dari yang lain iaitu sijil penghargaan & penanda buku (antara hadiahnya). Siapa tak tertarik kan? Huhu. 

Hadiah ketiga contest kedua Hery
Hoho. Lambatkan Hana update entry pasal hadiah. Orang lain dah lama dah gamaknya. Hehe. Hana saje update lambat sebab sekarang Hana join contest ketiga pulak (SINI) sekaligus contest MEGA (SINI). Woohaaa! Dua-dua Hana kaut. Hadiah contest MEGA lagi dasat! Hadiah TROFI kot. So, memandangkan senarai peserta contest ketiga dah keluar, Hana update entry ni supaya peserta-peserta yang baru join contest Hery ni dapat tengok hadiah yang menarik sekaligus membuak-buak rasa nak menang! GOOD LUCK KEPADA SEMUA PESERTA CONTEST KETIGA & CONTEST MEGA HAZWAN HAIRY !

Terima kasih Hery. Biasalah mood berblogging ni ada naik turunnya, nak-nak pulak bila kita ada masalah. Nak menulis pun malas. Tapi ape pun hope kamu terus berblogging. Masalah & dugaan adalah untuk menguji kita. Membuatkan kita semakin kuat & matang dalam menjalani hari-hari mendatang. Walaupun sampai satu ketika tiada sesiapa disisi kamu. Ingatlah DIA sentiasa ada setiap masa. *peace ^.^ v Jom cari balik mood yang hilang tu! Pergi bercuti dengan followers semua. Amacam? Hehe. =D

P/s : Yang mai singgah blog Hana ni Hana nak minta tolong like HEADER (SINI) untuk contest MEGA untuk melayakkan Hana dapat Trofi =p

Friday, July 20, 2012

YEAY ! Esok Puasa ! =D

Assalamualaikum...

 Ahlan Wa Sahlan Ramadhan Kareem 


Firman Allah SWT : "Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa" (Al-Baqarah : 183)

Hana nak ucapkan SELAMAT BERPUASA kepada umat Islam di seluruh dunia.
Bagi yang dah wajib puasa tu jangan ponteng-ponteng tau melainkan dengan keuzuran ye *peace* HEHE.

p/s : kawan-kawan yang sudi singgah, bantu Hana KLIK LIKE SINI untuk contest header popular Hazwan Hairy ni ye. Thanks ! 

-sekepinghati-

Thursday, July 19, 2012

Kerna Cinta PadaNYA ♥

Assalamualaikum...

Kerna cinta kepadaNYA mereka kembali tersedar.
Dari mimpi & lamun yang panjang.
Alhamdulillah. Hana suka tengok & happy sangat.
Ayu & sejuk aje mata melihat kan?


Siapa tak kenal. Siapa tak tahu kehidupan mereka sebelum ini.
Biar siapa pun mereka sebelum ini. Kini mereka mungkin lebih baik dari kita.
Sungguh Hana kagum dengan mereka.
Semoga mereka terus istiqamah dalam perubahan ini. Amin....

Entry pendek sebagai muhasabah diri Hana sendiri. Hah! Salah seorang kawan Hana pun Alhamdulillah. Kini kembali bertudung. Ayu berbaju kurung DP dia. Walaupun tak kawan rapat sangat dengan dia tapi Hana happy sangat2 dengan perubahan dia. Semoga berterusan & tabah menerima dugaan dalam perubahan. Betul kata seseorang tu pada Hana. Bila kita mula nak berubah ke arah kebaikan, maka kita akan mengalami banyak dugaan & ujian  tapi dalam masa yang sama, Dia menganugerahkan orang-orang yang baik bagi menyokong dan membimbing kita ke arah itu. Sekian.

P/s : Mereka sudah. Saya? Anda? Kita? Bila lagi? Jika ini Ramadhan kita yang terakhir? Bagaimana?

-sekepinghati-

TOLONG ! TOLONG !

Assalamualaikum...
(Entry melekat! Scroll down untuk view entry baru)

Tolong Hana boleh ? Hana join Contest Mega Hazwan Hairy. Nak join jugak ? KLIK SINI . Tarikh last hantar penyertaan 22 Julai & last vote/like 26 Ogos 2012. Hadiah menarik seperti TROFI kepada yang dapat like terbanyak. NAK MINTA MEREKA YANG SINGGAH BLOG HANA LIKE header di bawah. Huhu. Bagi yang dah like Hana nak ucap jutaan lemon TERIMA KASIH. Hana hargai sangat bantuan dari korang. Hari ni korang tolong Hana, lain kali Hana tolong korang pulak. Bagi yang nak minta bantuan Hana jugak. Boleh komen di bawah ye. Sekali lagi. Thanks ! Korang sporting ! =D

[ klik picture ini & LIKE ]

-sekepinghati-

Tuesday, July 17, 2012

Mana ZackZukhairi ?

Assalamualaikum...

Blogger mana yang tak kenal ZZ ni hampa memang bukan blogger sejati ! *sukasuka nak label orang, kang ada yang kena unfollow baru padan muka kau Hana* HEHE. Maap. Maap. Tapi ZZ ni kan antara blogger yang pemes dengan penulisan santai brutal yang disertakan dengan lukisan kartun beliau yang sangat comel ! So, memang orang dah kenal dah beliau ni. Nah! KLIK SINI. Gerenti korang dah baca tu nak baca lagi.

Hana memang minat sangat dengan beliau karya yang dihasilkan. Once masuk blog beliau mesti melekat sebab entry beliau memang mampu buat orang gelak terbahak baca, boleh hilang segala stress. Nak2 pulak dihiasi dengan kartun-kartun yang bam-bam tu. Ulang baca 2 3 kali pun tak bosan. ZZ ni jugaklah pencetus minat Hana nak berblog bagai ni haa.

Tapi persoalannya sekarang, mana ZZ ni menghilang? Merajukkah? Ke'busy'an kah? Apa-apa pun marilah kita berdoa semoga incik ZZ ni sentiasa baik-baik la hendaknya. Amin....

p/s to ZZ : Kalau lu baca entry guwa ni mohon lu update entry. Peminat lu dah rindu nak baca karya lu bro. Kat CBox pun masing-masing dah mengongoi minta update entry. Huhu.

Antara karya beliau
-sekepinghati-




Friday, July 13, 2012

♥ MEREKA INSPIRASI ♥

Assalamualaikum...

Ya! Mereka Inspirasiku. Inspirasi apakah? Inspirasi dalam hidup. Dalam dunia blogging. Kalau korang perasan. Hana dah tambah bloglist kat sidebar. Blog mereka ni lah yang Hana akan update hari-hari tengok ada entry baru ke tak. Hoho. Nak tahu siapa mereka yang Hana admire sangat2 tu & kenapa Hana suka sangat singgah blog mereka?

Blog kak Fyna ni lebih kewanitaan. Pasal make-up, tips kecantikan, fesyen-fesyen terkini, tutorial shawl & make-up. So, lebih sesuai la untuk perempuan tapi siapa kata lelaki tak boleh baca? Boleh aje. Boleh jugak tambah-tambah pengetahuan pasal wanita. Hehe. Beliau juga seorang mak andam. Hasil tangan beliau sangat WOW! Tak percaya? Tengok la sendiri. Kalau korang area utara sana. Boleh la book kak Fyna ni. Apa yang Hana suka sangat kalau tengok tutorial kak Fyna ni, dia tak ada nak berjela-jela sangat intro cam sesetengah v-log tu merepek apa entah. Straight to the point terus. Nak view pun tak bosan. Best!

Blog beliau ni pun sama. Macam-macam ada. Daripada tips kecantikan, kesihatan, hiburan. Sangat enjoy bila berada dalam blog beliau. Sebab ape? Sebab beliau ni lah antara blogger yang sangat la peramah. Tak kira korang komen kat blog ke, twitter ke, Cbox ke, page FB ke. Korang tak kan kecewa. Beliau pasti akan layan. Walaupun beliau ni dah hampir taraf retis-retis gitu. Tapi tak sombong pun. Tu yang buat Hana salute sangat dengan beliau ni & beliau jugalah yang kembalikan semangat 'blogging' Hana. Huhu.

Hana mula-mula kenal beliau apabila heboh satu dunia blogging pasal 'blogger kahwin muda'. Walaupun ramai yang sokong tapi ramai jugak lah yang mengutuk. Beliau dikecam dengan pelbagai ketidakpuasan hati. But Hana kagum beliau dapat atasi haters beliau dengan penuh berhemah. Thumbs up untuk beliau! Kini beliau sedang berbahagia bersama suami & anak serta bakal anak. Blog beliau juga banyak entry pengisian rohani. Buka je blog beliau. Hati tenang dengan kalimah-kalimah suci yang menghiasi blog beliau. 

Hana suka singgah blog kak Rai ni pulak sebab blog dia banyak resepi-resepi yang best lagi-lagi resepi bake! Eheh. Hana memang suka makan & suka tengok orang makan. So, blog kak Rai ni la selalu jadi tempat rujukan Hana. Boleh kata dia ni sifu online Hana jugak lah. kihkih~ Hana salute & kagum dengan kak Rai. Beliau bakal doktor + pandai masak ! Wah. Jeles. Nak jadi cam kak Rai jugak! 

Sebenarnya ada lagi sorang blogger yang Hana suka sangat-sangat. siapa? ZackZukhairi. Beliau lah pencetus minat Hana untuk menceburkan diri dalam dunia blogging ni. Penulisan beliau sangat santai tapi penuh pengajaran. Tapi mana zack pergi? Huhu. Senyap tanpa berita. *rindu* So, itu lah serba sedikit pasal mereka yang Hana admire sangat. Nak kenal lebih rapat dengan mereka? Apa lagi. Terjah !!! =D

-sekepinghati-

Thursday, July 12, 2012

Contest MEGA2012 Hazwan Hairy

Assalamualaikum...


Eheh. Header dia ni lagi dalam blog Hana. 
Korang : "Kau ni ada apa-apa ke dengan si Hery ni? Asyik la tayang muka dia je."
Haha. Korang jangan salah faham. Hana hanya menjalankan tanggungjawab sebagai contestant. Maap ye cik awek Hery. kihkih~

Waa wow! Dah nama pun contest mega. Hadiah pun mega la ye. 
Hadiah trofi kot ! (antara hadiahnya). Dah macam ABPBH. 
Kau hade? Haha. Tak ada kan. Jadi moh le kita join contest ni reramai.
The more the merrier bak kata omputih. kihkih~
Nak tau lebih lanjut sila KLIK KLIK HEADER beliau ye.
TARIKH TUTUP (Hantar Penyertaan) : 22 JULAI 2012

Pertandingannya adalah "Header yang paling banyak LIKE" kat page beliau (KLIK SINI)
Jadi Hana pertandingkan Header Hana seperti di bawah :


MAKNA HEADER : Ok. Hana nak bagi tau makna secara overall melalui tagline : Biar Hidup Tak Seindah Pelangi, Asal Tahu Menikmati & Menghargai - Kehidupan manusia tak kan ada yang sempurna & tak kan selalunya bahagia. Kadang tu mesti ada susah, derita & air mata. Macam tu jugak diri Hana sendiri. Tapi apa pun, kita mesti enjoy our life & selalu bersyukur dengan apa yang kita ada. Jadi dengan sendirinya rasa sentiasa cukup dengan kehidupan hadir & bahagia sentiasa. Smile Always =D

p/s : Hana tak reti pancing like. Sekadar join sahaja mampu. kui3~

-sekepinghati-

:: KETAGIH ::

Assalamualaikum...

Ketagih? Apakah? jeng jeng jeng
Hampir sebulan yang lepas Hana telah kehilangan sesuatu yang amat berharga
Kehilangan itu buatkan Hana rasa resah gelisah malah tertanya-tanya
kenapa? kenapaaaa???

Intro yang dup dap. Dup dap je rasa.
Tapi ini serius. Hana kehilangan idea & minat berblogging ! 
Mana mungkin seorang blogger boleh kehilangan idea & minat?
Dah mula gelabah itik dah. Trafik pun mesti jatuh merudum dari tingkat 101.
OH NO! why? how?
Ahhhh. Ini semua gara-gara dia ni !!!
|
|
|
|
|
|
|
|
v

Hahaha. Dulu mati-mati Hana tak suka runningman ni. 
Siap dok kutuk-kutuk lagi abang Hana yang gelak-gelak tengok menatang ni
Sekarang....Hamik kau! Siang malam dok ngadap menatang ni sampai blog pun terabai
Adehh. Tapi sekarang Alhamdulillah dah dapat kontrol ketagihan show ni.
Hana kembali berblogging ! Walaupun kadang-kadang sekadar jadi silent reader. Yeah !

p/s : korang pernah hilang minat berblogging tak? huhuhu

-sekepinghati-

Monday, July 9, 2012

CONTEST KE 3 HAZWAN HAIRY

Assalamualaikum...

Uhuk. Uhuk. Setelah sekian lama menyepi. Akhirnya hari ni Hana kembali.
Kenapa menyepi ? Wait for the next entry k. InsyaAllah.
Kemunculan tiba-tiba hari ni adalah gara-gara En.Hery yang membuatkan Hana hampir diserang heart attack.
Contest beliau akan ditutup HARI INI. Fuh~ sib baik la like page beliau ni haa. Kalau tak melepas. Huhu.
How come Hana tak join kan. Harus la join sebagai tanda sokongan kepada beliau.


Nyatakan kenapa anda suka masuk blog hazwan hairy?
Ok. Ini adalah jawapan padat, kreatif & ikhlas Hana :

Hana suka singgah, terjah & baca blog Hazwan Hairy sebab utama adalah tagline beliau (first impression)  LIKU-LIKU KEHIDUPAN : SEJUTA LANGKAH KEMBARA IMPIAN yang boleh Hana takrifkan iaitu setiap impian & kejayaan bermula daripada satu langkah kecil yang penuh dugaan & ujian namun liku-liku itulah yang membuatkan kita semakin berani melangkah sehinggalah ke sejuta langkah malah infiniti langkah terakhir demi sebuah impian & kejayaan yang bukan sahaja memberi kepuasan kepada diri sendiri tetapi juga memberi manfaat kepada orang lain. 

Maka, blog Hery ni boleh dikatakan macam ASTRO sebab "macam-macam ada". Sentiasa menjadi "sumber inspirasiku" macam TV3, yang mana bila kita baca content dia rasa "I feel good" mcam NTV7. Itu yang buatkan blog Hery ni "lebih hangat daripada biasa" macam HOTFM & sentiasa "dekat di hati" macam TV9. 

p/s Hery : hehe. jawapan agak sastera yang mungkin memeningkan kamu memahami but keep it up on blogging & ikutlah seperti resmi padi yang semakin berisi semakin menunduk =D

-sekepinghati-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...