Monday, December 30, 2013

Mencari Buaian Sewa | URGENT

Assalamualaikum...

Hana sebenarnya sedang mencari buaian kayu untuk disewa area Kuala Lumpur / Selangor. Buaian tersebut akan digunakan untuk sebuah event yang bertemakan "Taman". Pening dah kepala. Hana dah post dekat Facebook & mencari dalam carian google. Tapi hampa. Yang keluar hanya buaian berendoi kanak-kanak. 

Jadi Hana nak minta rakan-rakan blogger atau sesiapa sahaja yang membaca entry ini yang tahu mana Hana boleh sewa buaian kayu tu. Nak beli macam rugi sebab pakai cuma sehari. Tapi harga seribu lebih. Haiyaa~

Atau sesiapa yang mempunyai buaian kayu di rumah dan bermurah hati serta nak jana duit tambahan boleh komen dekat bawah atau email Hana di nabihah203@yahoo.com. Pengangkutan Hana akan handle sendiri.

Contoh buaian yang diidamkan adalah seperti di bawah. Kalau lebih kurang macam ni pun Hana tak kisah. Yang penting ianya kayu. Thanks bloggers and readers :)

credit : google
Spread L.O.V.E

Tuesday, October 1, 2013

Resepi Kek Coklat Sedap !

Assalamualaikum...

Dah berhari-hari tak ada idea nak update entry. Dah la tak tebus-tebus lagi dosa meninggalkan blog begitu sahaja. End up terfikir. Apa kata share resepi kek coklat moist kegilaan ramai. Mudah dan ringkas. 

Bahan-bahan :
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan minyak jagung
1 cawan tepung kek
3 biji telur (pukul sedikit)

Cara-cara :
1) Campur serbuk koko, gula, susu pekat dan susu cair dalam periuk. Masak atas api sederhana sampai   gula hancur (sentiasa kacau supaya bawahnya tak hangit).

2) Masuk minyak jagung dan kacau sebati. Lepas tu masuk telur sambil kacau.

3) Masuk tepung sedikit demi sedikit. Dah sebati tutup api. Gris loyang dengan minyak dan kalau ada kertas baking boleh alas supaya tak melekat. 

4) Tapiskan adunan dalam loyang (supaya tak ada tepung berketul bila kek dah masak) dan kukus selama 45 minit dengan api sederhana. Oh. Make sure kukus dipanaskan dulu dan airnya dah mendidih ye.

Topping :


Masak coklat masak dengan kaedah double boiler. Bila coklat masak dah hancur masukkan susu cair ikut kepekatan yang disukai

Senang je kan. #ShouldTry

Spread L.O.V.E

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...