Assalamualaikum...
Korang : 0o0 <--- buat muka dgn mata terbeliak & mulut ternganga.
Saya : kehkehkeh~ *OKtipu*
OK. Hana bukan nak cerita pasal novel tu, cuma nak ambil sedikit moral of the story yang Hana dapat daripada pembacaan novel "Cinta Kontrak" iaitu :
- Cinta tak semestinya perlu hadir sebelum nikah/kahwin. Tapi percintaan selepas nikah lebih indah tak terkata kerana semuanya Lillahi Taala.
- Sekali kita kecewa dalam bercinta, tidak bermakna kita akan kecewa buat selamanya. Kekuatan dan keredhaan yang tulus ikhlas daripada hati akan menghadirkan sinar bahagia.
- Biar sedalam mana cinta kita terhadap mereka yang pernah melukai hati kita, kita akan dapat melupakannya dengan hadirnya cinta sejati yang sememangnya dijodohkan buat kita.
Err~ cukup la kot 3. Yang paling penting Hana nak tegaskan kat sini ! Jangan terlalu berduka, menitiskan air mata untuk mereka yang tinggalkan kita. Cara mudah nak lupakan dia? Katakan pada diri bahawa "DIA TAK LAYAK UNTUK AKU" *patut cuba kepada mereka yang putus cinta/kecewa* dan bukan sebaliknya seperti "apa salah & kurang aku?"
Maka dengan kekuatan hati yang semakin mengunung, Hana telah mengambil keputusan mengirim kembali segala yang pernah dia bagi & takkan hidup lagi dalam kenangan sebab "Dia memang tak layak untuk aku!"
![]() |
SELAMAT TINGGAL AWAK. SELAMAT TINGGAL 3 TAHUN CINTA. SELAMAT TINGGAL KENANGAN. |
-sekepinghati-