Saturday, June 2, 2012

Makanan HALAL. tapi BAIK tak?

Assalamualaikum...

Sebagai  seorang Muslim, kita memang mementingkan kehalalan sesuatu makanan kan? Kalau nak beli makanan kat pasar raya mesti korang tengok logo 'halal' sebelum rembat nak beli. Tapi selain halal, ia mesti lah baik (Halalan Toyyib). Sebab kita tau apa yang kita makan akan jadi darah daging. Baik dari segi apa? Ok. Yang Hana nak cerita hari ini, adalah baik dari segi air tangan masakan yang kita makan.

Pernah tak terlintas kat fikiran dan hati korang, "Eh, orang ni dah solat ke?" atau "Emm dia ni Islam ke?". Yup. Hana selalu terfikir tentang perkara ni sementelah Hana budak universiti yang memang kena makan makanan luar setiap hari dua kali. Kafeteria Hana memang rata-rata pekerja dari luar. Bukan orang Malaysia. Huhu. Alangkah seronok kalau dapat makan masakan mak setiap hari. Tiada keraguan.

SOLAT adalah perkara pertama yang bakal dipersoalkan kepada manusia di Mahsyar kelak. Allah. Sedih rasa hati bila tengok orang Islam tidak solat. Lagi-lagi mereka yang rapat dengan Hana. Air tangan orang yang tidak solat disamakan dengan air kencing anjing hitam. Astaghfirullah. 
"Pernah dikisahkan pada zaman nabi Musa A.S, seorang lelaki yang tidak mempunyai zuriat bernazar, jika dia dapat anak, dia akan minum air kencing anjing hitam. Kuasa Allah, maka dia pun dapat anak dan gusarlah hatinya berkenaan nazarnya tadi. Dia berjumpa nabi Musa menceritakan perkara tersebut. Nabi Musa menjawab, dia tidak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi tadah air yang turun dari atap rumah orang yang tidak solat dan minum lah air itu. "
Lihatlah betapa rendahnya martabat seorang yang tidak solat. Apatah lagi orang itu yang menyediakan masakan yang kita makan setiap hari. Keluarga sekarang banyak yang tidak masak sendiri sebab tak sempat, dua-dua suami dan isteri bekerja. Jadi beli aje kat luar. Tak hairanlah anak-anak remaja sekarang semakin susah untuk ditegur, banyak kemaksiatan berlaku kerana hati mereka sudah gelap. Nak-nak pula mereka juga tidak solat.

Pesanan kepada para isteri dan ibu, Jagalah solat kerana air tangan anda bakal menentu akhlak anak-anak dan paling penting, kasih sayang suami terhadap anda.

Pesanan kepada suami dan bapa, apalah salahnya bantu isteri anda masak di rumah setelah dua-dua penat bekerja. Makan di rumah tu kan lagi baik, sambil masak-masak tu boleh gurau-gurau, bertambah mesra dan kasih sayang dalam keluarga. Tak gitu? Kalau dah memang tak berkesempatan nak masak, beli makanan dari orang yang kita betul-betul pasti menjaga solatnya. OK ? =D

Pesanan terakhir kepada anak-anak muda dan diri saya sendiri yang masih muda. SOLATLAH! MATI tak kira usia, tak siapa tau hari kematian dia. tup tup esok lusa. Nak jawab apa dalam kubur tu? Sekejap je. 5-10 minit je. Lagi kejap dari korang dok menghadap bola kat kedai mamak & window shopping tu. Sekian, harap akan ada yang terkesan. Amin....

-sekepinghati-

2 comments:

  1. yup solat penting cme memerlukan 5-10minit dari masa kita sahaja :)

    ReplyDelete
  2. Nadia : apa keadaan sekalipun & di mana shj =)

    ReplyDelete

Terima Kasih atas Komen Anda ^_^ v

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...