Assalamualaikum...
Maaf. Terlalu lama tak mengupdate blog. Semenjak dua menjak bermenjak-menjak ni Hana macam ketandusan idea. Kehilangan mood untuk menulis. Ini semua gara-gara tesis. Busy? Tak busy sangat. Malah kelas cuma 2 hari seminggu.
Kehilangan mood semakin menjadi-jadi apabila Hana tau penyelia tesis Hana. Beliau sangat baik. Bersikap keibuan tapi beliau juga sangat garang dan tegas. Pada satu peristiwa tahun lepas beliau telah mencampak tesis senior. Kemudian call senior tersebut sambil marah-marah depan kelas. Hana tak boleh dengan orang garang-garang ni. Nanti Hana cepat patah semangat. Dan Hana dapat tahu yang 4 orang berada di bawah seliaan beliau tahun lepas semua dapat C. Adakah Hana akan grad dengan gred C juga tahun depan? Penat rasanya belajar tiga tahun sambil mengekalkan pointer tapi grad dengan tesis C. Down! T.T
Bukan setakat mood menulis blog down tetapi juga mood belajar. Ntah mana terbang dan hilang. Sudah masuk minggu ke-8 pengkuliahan tapi satu assignment pun Hana masih tak usik. Huu. Doakan Hana :'|
-sekepinghati-
putus cinta ke?hahaha
ReplyDeletehahaha. baru nk bermula cinta dgn incik Thesis! susah betul nk memahami beliau.
ReplyDelete