Sunday, April 15, 2012

Luahan Hati Budak Universiti

Assalamualaikum...

Setiap orang ada pandangan masing-masing. Ini pandangan Hana, bagi yang tak sepandangan dengan saya terpulang. Hanya kata nasihat diterima. Cacian makian serta kritikan takkan dilayan. MAAF.

Dengarlah luahan hati budak universiti = saya yang dah penat sangat nak study. Semua ni dilakukan hanya kerana mak ayah. Untuk balas jasa dan kasih sayang mereka. Sedangkan saya dah cukup cukup cukup malas nak study. Sangat susah bila jadi anak harapan. Sampai satu tahap saya rasa lagi elok kalau tak pandai. Dah tentu tentu tak bagi harapan pada mereka. Ini kalau dah setiap exam naik pentas ambil anugerah. Haishh =.='

Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga". (Riwayat Muslim).

Tapi pada Hana tak semestinya nak tuntut ilmu kena masuk Universiti. Ilmu itu dapat dituntut daripada pengalaman, secara praktikal itu lebih bagus daripada teori. Daripada mendapat teori tapi tidak dipraktikkan. Tak ada gunanya. Lagipun kebanyakan pelajar sekarang bukan mencari ilmu tetapi membaca dan menghafal sekadar untuk lulus, sekadar nak dapat straight A's dan Dekan. Tipu la kalau Hana katakan Hana bukan begitu. Kadang-kala terlintas juga begitu. Siapa yang tak nak cemerlang setelah penat belajar? Tapi lepas tu, result dan ilmu yang dapat tu sia-sia jadinya sebab tak dipraktikkan.

Untuk musnahkan harapan mak dan ayah adalah tidak mungkin. Jadi tanpa pilihan, Hana terpaksa menyambung pengajian walau sudah malas, walau bidang ini bukan minat Hana. Demi segulung ijazah buat ayahanda bonda. Mungkin ada yang akan kata, "Ada hikmahnya". Baik. Mungkin ada hikmah disebalik memberi kegembiraan pada orang tua. Alhamdulillah, result Hana setakat ini baik walau tidak cemerlang seperti mereka yang lain. Mungkin ini juga salah satu ganjaran yang Allah beri kerana cuba membahagiakan orang tua dan melepaskan apa yang diimpikan demi kebahagiaan mereka.

Mentaliti masyarakat mesti kena ubah. Pandai tak semestinya kena masuk Universiti OK. Jangan sesekali pandang rendah pada mereka yang tak masuk Universiti sebab kadang-kala ikhtiar hidup mereka dan ilmu mereka lebih hebat dari mereka yang menuntut di Universiti. Masih banyak cara lain untuk kita menuntut ilmu. Bukan menghasut, tapi pada adik-adik yang belum masuk Universiti. Sebagaimana sukarnya jalan untuk anda masuk Universiti, kesukarannya adalah 2 kali ganda ketika anda berada di Universiti. Renungkan dan Fikirkan ~

p/s : Mood kini adalah kemalasan tahap berganda luar biasa untuk menyiapkan asaimen-asaimen yang deadline minggu depan. Mengalir laju air mata tatkala memaksa hati untuk terus kuat sehingga ke tahun 3 (T.T) . Ya Allah . Tiada siapa tahu derita di hati.
-sekepinghati- 

12 comments:

  1. pepatah kata : tuntut ilmu sampai china .
    saya kata : tuntut ilmu selagi bernyawa .
    ♥ jemput follow/komen aisyahaqila.blogspot.com atau cartahati143.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. menuntut ilmu dr buaian hingga ke liang lahad.
      dah follow dah =)

      Delete
  2. Another pink blog. Cute. Done follow u. Hope follow back

    ReplyDelete
  3. memang..kalau buakn kerana mak ayah meamng dah malas nak study pom kann

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu. tu la. tp kuatkn la jugak semangat biaq smpai abis study.

      Delete
  4. tabah ok...
    teruskan perjuangan hingga ke akhirnya..

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah akan ku gapai impian mak ayah. terima kasih =)

      Delete
  5. Jangan give up kak . Ini semua erlaku nak kuakan akak . Allah takan uji hambanya kalau hambanya tak kuat :') Maknanya akak seorang yang kuat.

    ReplyDelete
  6. Tabah kak . Allah takan uji hambanya sekira hamba dia tak kat kak . Maknanya akak kuat lah :)

    ReplyDelete

Terima Kasih atas Komen Anda ^_^ v

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...