Assalamualaikum...
ENTRY YG AGAK PANJANG TAPI DIHARAP READERS DAPAT MEMBANTU MEMBERI JAWAPAN KEPADA PERSOALAN INI.
Situasi : Ada 2 orang perempuan, Hana labelkan sebagai "Cik A" & "Cik B" dan seorang lelaki.
Cik B ni dah berhubungan dengan lelaki ni selama 3 tahun. Secara tiba-tiba Cik B minta putus dengan alasan mahu fokus kepada pelajaran dan mahu berubah ke arah kebaikan. Cik B seakan tersedar yang hidup berkapel ni sebenarnya banyak mendatangkan dosa. Jadi dia mahu berubah Lillahi Taala. Tapi dengan perjanjian bersama lelaki itu yang dia akan setia menunggu. Setelah tamat pengajian mereka akan berkahwin. Cik B mahu yang terbaik untuk dia dan lelaki itu dan juga mahu lelaki tersebut berubah bersamanya.
Dalam sebulan kemudian tiba-tiba Cik B dapat tahu yang lelaki itu sudah mempunyai kekasih baru. Alasan lelaki itu, dia tertekan dengan putus hubungan itu dan dalam masa yang sama Cik A meminta lelaki itu menjadi kekasihnya. Cik A ni sama kolej dengan lelaki. Junior dia la kiranya. Hati Cik B hancur luluh sebab lelaki tu dah mungkir janji. Tapi Cik B redha dan masih menganggap lelaki itu sebagai kawan.
Setelah setahun mereka berkapel, lelaki itu sedar yang Cik A ni perangai dia sangat berbeza dengan Cik B. Jadi Cik B dijadikan tempat dia mengadu tentang hubungannya dengan Cik A. Sikap dan perangai Cik A. Satu hari Cik A dapat tahu Cik B berhubungan dengan lelaki itu dan terus maki hamun Cik B dengan macam-macam maki & hinaan yang melampau. (betina sampah, betina sundal, bodoh, sial, gampang) Tapi Cik B tak balas satu pun makian dan hinaan tu. Sebaliknya Cik B cakap elok-elok dengan Cik A walaupun kata-kata itu sedikit pedas. Mungkin itu yang menaikkan marah Cik A dan dia berterusan memaki Cik A hingga ke laman FB dijaja makian tersebut. Cik B juga punya tahap kesabaran tapi demi kebaikan semua dan tak mahu Cik A datang menyerang hingga ke rumah. Ketika itu mak Cik B sakit. Dia tak nak jadi apa-apa pada mak dia. Akhirnya Cik B membiarkan Cik A meroyan sorang-sorang. Lelaki itu seperti terkena buatan sekadar mendiamkan diri tanpa buat apa-apa. Malahan membiarkan Cik A menggunakan HPnya untuk hubungi Cik B untuk memaki hamun. Cik B sedar dia bukan perempuan yang baik tapi sepanjang hidup dia tak pernah maki orang. Perempuan melayu jenis apa yang ada mulut dan perangai begitu?
Hampir setahun Cik B dan lelaki itu tak dapat berhubung dek kerana Cik A yang mengongkong hidup lelaki itu. Hingga satu hari lelaki itu kembali menghubungi Cik B dan menyatakan dia syak Cik A curang dengan dia. Cik A juga memberi penghinaan yang besar kepada lelaki itu apabila lelaki itu cakap mereka sudah lama tak keluar sama, Cik A menjawab, "siapa nak keluar dengan lelaki yang tak ada duit?". Lelaki itu bukan orang senang, dia masih belajar. Akhirnya semua terbukti. Cik A memang curang. Hingga di laman FBnya turut ada gambar bersama kekasih barunya. Lelaki itu menyesal. Tapi semua dah terlambat. Cik B dah membuka hatinya untuk seorang lelaki lain dan sudah bertunang. Kini Cik B di tahun akhir pengajian dan mereka akan berkahwin setelah tamat pengajian. Hampir 2 tahun Cik B cuba pulihkan semangatnya sendiri & akhirnya dia berjaya walaupun pada mulanya dia menerima pinangan itu sebagai satu cara nak lupakan lelaki itu.
Cik B sakit melihat lelaki yang dia sayang dan kini kawannya disakiti Cik A, perempuan yang pernah memakinya dulu kerana seorang lelaki. Lalu Cik B menghantar SMS dengan cara baik sekadar bertanya "kenapa mudah berubah hati? Senang ke tukar pasangan seperti tukar baju? Sebab apa buat dia camtu? sebab duit? kesempurnaan?" dan Cik A kembali menunjukkan perangai seperti dahulu. Dia menjaja di laman FB dan cakap akan sound Cik B tak kira la bulan puasa ke tak. Cik A cakap Cik B menyibuk hal dia sedangkan niat Cik B mahu dia berfikir kembali apa yang dilakukannya tu betul atau tak. Cik A update dekat FB kata nak jadi yang terbaik di sisi Allah, nak berubah. Tapi Cik B tengok perangai & mulut dia masih tak berubah. Kata nasihat Cik B pun disalahertikan. Cik A cakap dia akan bercakap pakai tangan & kaki dengan Cik B.
Jadi siapa salah? Cik A yang rampas lelaki itu ke? memaki hamun tetapi akhirnya berlaku curang dengan lelaki lain? Cik B kah yang menyibuk mendengar masalah bekas kekasih yang dianggap kawan sendiri dan menasihati Cik A atas perbuatannya? Atau lelaki itu yang tidak berpegang pada janji untuk terus setia dan menerima kekasih baru dalam hidupnya? TAMAT berdasarkan kisah benar.
Pada pandangan korang siapa yang salah?
mmm.. ssh nk bgi jawapan pada setiap persoalan...
ReplyDeletesini, punca pada lelaki tue.. sbb mgkir janji.. wlaupun sebenarnye nk ubat luka hti.
yg cik b tidak bersalah.. ye setiap org berhak tgur sesiapa tuk memperbaiki diri dn org len spya menjdi lbih baik dri sebelumnya..
cik b pun bersalah, kerana tidak menerima tguran dgn tangan terbuka malah dimaki hamunnya.. malah bersifat materialistik...
nie cma dri segi pandangan sy la.. huhu
dalam hal ni mungkin cik A nmpk lebih bersalah tp cik B pon tak patut tuk masuk cmpur :)
ReplyDelete