Tuesday, September 25, 2012

Pilihan Raya Kampus

Assalamualaikum...

Tak silap Hana hari ni seluruh Malaysia sedang rancak dengan Pilihan Raya Kampus. Hari ini juga adalah hari yang berbahagia buat pelajar-pelajar yang tak berapa nak rajin macam Hana sebab hari ni kelas dari jam 8-1 petang dibatalkan. Tapi kalau dapat lecturer yang "best" sikit, maka akan ada la kelas ganti. Ngeh ngeh ngeh~

Kenapa setiap kali pilihan raya mesti ada politik "jijik" yang menjadi senjata calon-calon serta konco-konconya? Politik jijik ini terjadi pada kawan Hana sendiri. Beliau juga merupakan salah seorang calon umum semester ini. Gambar beliau telah di-super impose-kan menjadi gambar separuh bogel dan telah disebarkan ke seluruh laman sosial. Astagfirullah. Sampai begitu sekali ke? Perlu ke buat begitu untuk menang? Sah orang yang buat tu memang tak berakal ! Hana sebagai kawan sakit hati tengok kawan sendiri diaibkan & difitnah begitu. Huhu. Hana tak faham la. Mereka kan sudah besar dan matang. Pelajar Universiti lagi. Kan lebih molek bertanding secara bersih dan sihat. 

Pilihlah calon yang tentunya anda pasti dapat membela nasib dan kebajikan pelajar. Mahasiswa-mahasiswi sekalian. Sudahkah anda turun mengundi? "Kuasa di tangan anda" SELAMAT MENGUNDI =D Spread 


-sekepinghati-

5 comments:

Terima Kasih atas Komen Anda ^_^ v

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...