Monday, January 21, 2013

Sayonara | Kolej Ibu Zain, UKM

Assalamualaikum...


Hana dah duduk di Kolej Ibu Zain (KIZ) sejak tahun 1 lagi. Pelajar-pelajar kolej lain cakap KIZ ni antara kolej yang paling cantik dalam UKM. Hoho. Bangga sat. Mungkin sebab kolej ni antara kolej yang baru dan bertaraf kolej antarabangsa iaitu kolej kediaman untuk pelajar-pelajar dari luar negara. 

Sem depan Hana buat keputusan tak duduk kolej tapi ulang-alik dari rumah (Rawang) --> UKM sebab kelas cuma 2 hari seminggu dan kerana bilik Hana bilik single (duduk sorang) so, sewa agak mahal  berbanding bilik biasa (2 orang). Satu sem RM600++. So Hana rasa macam rugi kalau terus menyewa bilik kolej padahal tiap minggu Hana balik rumah. Kira 2 hari je Hana duduk dalam bilik tu.

Kan sekarang ada kad diskaun 50% KTM. Sebab tu jugalah Hana fikir lagi jimat ulang-alik. Sehari baru RM7. Setelah dicalculate Hana akan belanja RM200++ je kalau ulang-alik. See. Jimat RM400 kot. Boleh soping. Kihkihkih~

Sedih je time check-out dari kolej Khamis lepas. Wuwuwu~

Kafe kolej
 
kedai runcit yang Hana selalu beli top up & air mineral


Yang paling Hana tak mungkin lupa ialah tangga. KIZ memang terkenal dengan tangga sebab KIZ adalah kolej atas bukit dan penghubung pejalan kaki adalah tangga. Tangga yang paling panjang inilah yang Hana guna setiap hari pergi kelas. Kalau orang tak pernah naik tangga KIZ memang kata tak nak naik lagi KIZ. Almaklum KIZ ni takde bas naik kecuali malam. So, gagah la naik tangga ye Tuan-tuan dan Puan-puan.

Gambar ini hanya sebahagian tangga ye tuan-tuan dan puan-puan.  Kalau tengok dari gambar, selepas penghujung tangga tu ada selekoh ke kanan penyambung tangga hingga ke bawah. Hoho.
Sayonara KIZ.
Spread 

-sekepinghati-

5 comments:

  1. aha betul cntik ja tgk bersih ja tu..cafe pun tersusun..like!

    ReplyDelete
  2. Kalau dah seminggu ada 2 hari je kelas, memang rugi la duk kolej. Lagipun mesti busan taktau nak buat apa nanti. Duk umah lagi best! Hehe.

    Tapi pasni dah tak duk kolej, dah kurang la Hana exercise ya? Sbb dah tak naek tangga tu lagi :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah tak kurang exercise sbb rumah pun bertangga. Naik ktm pun lalu jejantas kena naik turun tangga. Kelas pun bertingkat-tingkat. Haha. Tapi TETAP tak boleh kurus. Aigoo~

      Delete
  3. salam hana, mudah tak nak apply kolej ni? D ingat nak tukar ke kolej ni. nak cari keselesaan n ketenangan utk final year

    ReplyDelete

Terima Kasih atas Komen Anda ^_^ v

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...