Wednesday, February 22, 2012

adakah anda OSEM ?

Assalamualaikum...

Saat ini terasa sangat sakit dada ini seperti hati yang melompat keluar lalu tergelincir jatuh dari tingkat limabelas tanpa sempat berpaut pada apa-apa untuk menyelamatkan hati ini. Pranngggg!!! berkecai. Walau boleh dicantum atau ditampal dengan gam gajah sekalipun, namun rupanya tidak akan kembali seperti dulu. Hati ini hancur dan luluh keranamu...hati ini, hancur dan luluh keranamu...tergamak kau berpaling dan teguh memilih dia...


Sungguh! kita tak pernah boleh lari daripada masalah mahupun ujian. Kadang-kadang kita mengeluh "huuuuuu" "hmmmm", kadang tu pulak kita menangis "isk isk" "sob sob". Tapi pernah tak kita fikir yang masalah dan ujian tu lah yang buat kita sekarang ni jadi osem! \ ('o') Hati kita makin kuat. Betul tak? So, sekarang Hana rasa sangat osem & kuat! HEHE.

Dulu mungkin Hana akan menangis tersedu sedan. Tapi sekarang Hana mampu pamer senyuman dan kadang kadang ketawa ala-ala shin chan *wahhh! big clap for me, TQ,TQ* bila dipersalahkan kerana cuba mengganggu gugat hubungan percintaan mereka yang tidak halal tu. Beep! zzz..zzz...*vibrate, now press function key, keypad unlock, from ONE&ONLY *err~ asal Hana x rename lagi contact no. die. haish* "awk jgn gngu sy lg, sy tank awk gngu sy dgn gf sy lg,bye" OH MY! Hana pakat gelak sakan sebab Hana tau bukan si jejaka yang send msg tu. tapi si gadis yang cemburu buta. HAHA. Kadang-kadang Hana rasa kasihan dengan kanak-kanak yang baru nak UP ni. Hana pernah dicaci dimaki oleh si gadis, itu lagi membuatkan Hana bertambah kuat. Kalau korang tetap tersenyum dan ucap "Hasbunallah wa ni'mal wakil" , "La hawla wala quwwata illa billah" dan "Inna lillahi wa inna ilaihi raa'jiun" (kredit : Saya benci bila fb lembab macam kura-kura joging) walaupun dugaan yang datang bagai puting beliung lagaknya, terbukti ANDALAH orang yang paling osem ! =D
#kisah ini hanya selitan semata-mata.

So, tak kiralah berat macam mana pun masalah kita, sakit macam mana pun hati kita, kita mesti bersangka baik pada Yang Esa. Ada hikmah yang kita tidak sangka, dirahsiakan hingga suatu saat akan muncul sinar bahagia. "Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jua Yang Maha Mengetahui (semua itu), sedangkan kamu tidak mengetahuinya" (Surah al-Baqarah :216) 
p/s : Sekarang saya sudah ditunjukkan hikmahnya sedikit demi sedikit & saya tak menyesal minta untuk putuskan hubungan! tak pernah disangka selama ini ditipu & dimainkan walaupun setia menunggu selama 5 tahun. Terima kasih kepada kawan-kawan kerana sentiasa bersama saya. Love korang sangat-sangat. 

-sekepinghati-

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih atas Komen Anda ^_^ v

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...