Monday, February 27, 2012

S.O.R.R.Y T_T

Pernah tak bf atau suami korang merajuk atau mungkin dalam keadaan yang tiada mood, wahai wanita-wanita? HOHO. Apa cara agaknya cara untuk memujuk lelaki ye ? Kalau perempuan kita tau sonang ja nak buat dia kembali senyum. Alahh. beli kan aje coklat cadbury, pastu kasi la bunga yang dia suka sekuntum. sure-sure pastu hidungnya mengembang tanpa dipaksa sambil buat-buat muncung itik yang omey tapi dah happy sangat dah tu. HEHE. Kalau ada bajet lebih dan nak lebih berkesan ? hah. lagi senang. bawak pi kedai kereta. HUII. belum apa-apa 'abanggggggg, yang ni lawa tak?  yang ni? yang ni?' *ok, pening kepala nak layan*.

Tapi kalau lelaki apa cara dia? Tak mungkin dengan sebuah teddy bear mampu mencairkan hati mereka yang ala-ala ego sangat lettew~ Padahal dalam hati masih ada taman. eleh~ Pada pandangan hati Hana ni lah kan. Lelaki akan mudah goyah dan terpujuk dengan hanya satu perkataan 'MAAF' atau kalau korang bajet omputih kate 'SORRY' sambil buat-buat korang dah nak nangis dah (feeling anime mata berkaca-kaca). HEHE. Itu kalau si dia merajuk tapi kalau si dia tengah tak ada mood. Juga dengan kata-kata! haa. Orang kata, kata-kata lelaki mampu mencairkan hati wanita, tapi Hana rasa wanita juga mampu mencairkan hati lelaki dengan kata-kata yang diucapkan. 

Cuba korang bayangkan. Cepat! bayangkan! HEHE. Seorang lelaki yang sedang dalam mood yang tidak baik mungkin kerana masalah kewangan, kereta kesayangan dicalarkan, Xbox kena rembat ataupun PMS! err~ silap! sori, sori. lelaki tak ade PMS. HEHE. kemudian si wanita/isteri datang kepadanya, menatap tepat ke dalam matanya, memegang erat tangannya sambil berkata-kata memujuk dan memberi dorongan juga motivasi. Haa. confirm! mesti hati si lelaki akan sejuk walaupun tak lah 100%  masalah selesai tapi sekurang-kurangnya terasa ringan dan lebih bersemangat si lelaki tu. Tapi ini cuma teori Hana HEHE. tak dapat nak praktikkan lagi kerana status kini yang masih bujang. =P

-sekepinghati-

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih atas Komen Anda ^_^ v

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...