Thursday, February 23, 2012

SUKA tapi GELI !

Assalamualaikum...

Ya, saya suka awak. Jujur! Sebab awak manja, pandai mengambil hati dan perhatian saya. Pandangan matamu mampu membuat daku cair. Suaramu.... Ahh! Tiap kali pandang awak di mana-mana hati saya tenang, bibir tersenyum sendiri. Tapi kita tak mungkin akan bersama. Memang saya suka awak tapi....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
saya GELI ='(

Korang : HAHA. tah pape tah kucing yang comel pon nak geli !
Kucing : Tah! Aku ni sikit punya comel ! ce tengok muka innocent aku. sape pon cair.
Katakan apa saja! Daku rela. Tapi sesungguhnya Hana memang penggeli dengan makhluk ciptaan Allah yang sangat sangat omey ini.

Sebab-sebab mengapa kucing saya geli dengan kucing :
1. Sesetengah kucing yang bulunya luruh. 
Inilah yang dikatakan kerana kucing seekor, habis rosak semua nama-nama kucing sedunia. Ini serius geli sebab rase macam x hygiene. Kadang-kadang kucing jenis ini tersangat la omey ala-ala kucing parsi yang memenangi oscar award. *eee. geyam nk ubit pp iye* haha. Bila saat mahu pegang tiba-tiba terpandang bulunya yang lebat & lurus yang seperti menjalani rawatan stim di salon itu keguguran lalu berterbangan di udara. Hana pun =.='

Jadi Hana mengesyorkan para penternak kucing sedunia supaya memilih syampoo yang betul untuk kucing korang. Lebih baik kalau jenis "fur fall control". Jangan pulak guna sabun basuh pinggan mak korang untuk memandikan mereka. Itu yang sebenarnya yang terpendam jauh di lubuk sanubari kucing-kucing setelah Hana jalankan temubual dan soal selidik terhadap mereka. Melalui persatuan kucing-kucing sedunia, kucing-kucing menyatakan ketidakpuasan hati terhadap produk penjagaan diri yang hampehhhh digunakan terhadap mereka. HEHE.

2. Perut anak kucing yang terasa & nampak 'merenin'
merenin = bahasa utara *bahasa DBP apa tah. korang tau ? HEHE.*
Bagi mereka yang tak paham 'merenin' tu. Korang cuba pergi tengok anak kucing kat rumah korang. Haa? tak ade anak kucing ? Pinjam la kejap anak kucing rumah mak Temah belakang rumah korang tu. Dah tengok dan rasa? kan die macam keras-keras macam termakan kenyang sangat pastu kalo angkat terasa tulang-temulang dia apatah lagi ketika mereka meliang liuk @ menggelupur untuk melepaskan diri. Ketika itu lah Hana akan Euuww~ *geligeli*. Kerana dikhuatiri anak kucing omey itu akan terlepas dari gengaman, maka alangkah baik jika Hana tidak memegangnya. kan ? Maka, tiadalah ibu-ibu kucing membuat dakwaan terhadap Hana yang jika sabit kesalahan akan dikenakan hukuman mandatori bersihkan najis kucing seumur hidup. eeuuww~ HEHE.

P/s : kepada mereka yang mempunyai anak kucing. AWAS! jauhkan dari Hana sebelum anak kucing korang menjadi mangsa yang ke berapa tah. Wohaa!

Dua perkara tersebut adalah faktor terbesar yang menyumbang kepada kegelian Hana terhadap kucing. 'Geli' kerana kotor & 'geli-geli' kerana .... errrr~ GELI lah. rasa euuww euuww~ camtu. MAAF kucing =/

P/s : Korang peminat/ tak minat kucing ? Jom cerita apa yang membuatkan korang rasa begitu & ke'special'an kucing korang ! =D
-sekepinghati-

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih atas Komen Anda ^_^ v

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...