Thursday, November 8, 2012

Hello Cameron !

Assalamualaikum...

Hai Hello semua. Hana baru pulang dari Cameron Highland Ahad lalu bersama Kelab Wawasan UKM. Memang dah berhari-hari yang lalu tapi baru sempat nak mengupdate. kihkih~ 

Cuaca di Cameron sekarang tersangatlah sejuk sebab musim hujan kan. So, sesiapa yang bakal ke Cameron tu bawa baju sejuk yang tebal ye. Jangan jadi macam Hana yang hanya pakai cardigan, mentang-mentang rumah dekat dengan Genting konon dah biasa dengan cuaca sejuk. Sekali sampai sana. Mengeleteq satu badan weh! Sejuk sampai tulang hitam.

Kalau pergi Cameron tak sah kalau tak pergi pasar malam Berinchang kan? Maka bershopping sakanlah mereka di pasar malam tersebut. Hana cuma beli strawberry, dried strawberry, strawberry tea & souvenir untuk kawan-kawan.

Ahad pagi bersiap untuk hiking Gunung Berinchang! Yeay! First time hiking gunung. Selalu bukit je. And first time jugak la Hana muntah di pertengahan pendakian. Mungkin gara-gara breakfast nasi lemak. Walaubagaimanapun Hana tetap berjaya daki sampai puncak! Bravo. Daki best part turun lemau tapi boleh la sight-seeing sebab lalu ladang teh.

Apa pun memang best! At least dapat lupakan stress tesis. Ok la buat warga kota yang stress untuk datang bercuti di Cameron sebab suasana dia senyap, nyaman, fresh & hijau!

Pergilah bercuti. Segalanya ada di Malaysia. Cuti-cuti Malaysia. =D

PUNCAK GUNUNG BERINCHANG
KELAB WAWASAN, UKM
Spread 

-sekepinghati-

1 comment:

  1. seronok nye berjalan2 ke cameron . mcm honeymoon plak :)

    ReplyDelete

Terima Kasih atas Komen Anda ^_^ v

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...