Tuesday, February 21, 2012

DUIT mampu beli CINTA ?

Assalamualaikum...


Hanya sampai di sini saja, kisah cinta kita berdua, tiada daya selamanya, terhenti, di sini.
Lagu lara lagi berkumandang di hp tigatigasekupang sambil kedengaran deruan ombak menghempas pantai ala-ala filem ombak rindu. Mimik muka ketika ini haruslah pilu, sedih, muram. Haa! begitu! stay muka ketat tu sampai habis entry ni. HAHA. *guraugurausaja* ce cenum itit nak en0k. <--- baby moden pun dah tak pakai bahasa ni *malu*. Muka ketat membuatkan anda kelihatan tua! So, senyumlah wahai adik manis mahupun abang-abang kacak.

Baiklah adik manis & abang kacak sekalian, siapa kat sini pernah atau sedang bercinta ? angkat dua-dua belah tangan  \ (^.^) / . Haish, ramainya! mesti tatkala ini hati mengk0me tengah dup dap dup dap teringat si dia! hah! sebelum ada komen-komen yang kurang enak, bercinta tak bermaksud belum berkahwin. Apa ? ingat orang tak kahwin je ke bercinta ? yang dah kahwin lagi syok bercinta. Yang belum kahwin tu ? Tak reti-reti lagi ? Pergi la masuk meminang buah hati tu. Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama, dia diambil orang. hehehe~ *gelakgatai*

Kadang-kadang Hana terfikir, cinta tu boleh dibeli dengan duit ke?
Korang : Aney! cinta sattuuu !!
Err~ bukan tu lah maksud Hana! bukan! bukan! kang ada pulak yang pergi kedai aney nak beli cinta. =.='
Maksudnya, lelaki/perempuan yang poket tebal a.k.a kaya ni boleh senang-senang dapatkan kekasih dengan duit yang dorang ada. So, dorang akan taburkan duit dekat korang, bagi apa yang korang nak *ce korang bayang korang tengah tidur atas katil yang dilimpahi berjuta-juta lemon duit*
Korang : O.O
Saya : Hah! terbelik bijik mata hang! HAHA.


Tapi, betulkah itu cinta? Atau hanya lakonan cinta semata-mata sebab lelaki/perempuan tu berWANG? Bahagia ke kalau cinta yang korang dapat sebab korang ada duit?
Tapi sejak zaman tok kadok dulu *saya masih tak paham kenapa orang selalu kaitkan dengan zaman tok kadok bila nak gambarkan zaman dahulukala* pun memang dah wujud kot cinta kerana duit nih. Jadi betul la duit boleh beli cinta? huhu. yes! Apa-apa hal kemenangan selalu di pihak mu wahai DUIT.
Saya : Eleh, bangga la tu En.Duit. *memandang dengan pandangan tak puas hati*
Duit : =D *sengih kambing*
Tapi En.Duit still kalah dengan bahagia, sebab duit TAKKAN MAMPU beli bahagia!
Saya : =P kat En. Duit. HAHAHA.
Yes, duit memang boleh beli cinta, tapi tak mampu nak beli bahagia. Sebab bahagia hanya muncul jika korang ikhlas bercinta bukan sebab harta dia. So, ikhlaskan diri & hati anda untuk peroleh bahagia.

Err~ asal dengar pisau cukur mesti gambaran perempuan yang kelihatan di mata korang kan! Hye! korang bias! lelaki juga ada yang pisau cukur OK. Kbhai.

tibatiba teringat pengalaman sendiri, adakah cinta awak mampu dibeli ?
#Ye awak, dengan saya kita hanya naik public transport je, tapi dengan dia awak naik viva. selesa kan?
Roomate saya : eleh~ dia ada viva je, tapi sekarang hang ada perdana! 
#Ye awak, keluar dengan saya, saya tak dapat nak pay0ng awak (makan,wayang,hadiah), tapi dengan dia, dia boleh pay0ng awak makan, wayang, CD Xbox awak, semua atas angin.
#Ye awak, saya tak mampu nak beli cinta awak sebab saya terlalu ikhlas cintakan awak.

P/s : Apa pendapat korang pasal tajuk ni? Jom kongsi!

-sekepinghati-


4 comments:

  1. tpi bkn semua org pandang pada duit cik BSH... mungkin mmg sesetengah yg xpernah rasa cinta itu indah saja yg anggap guna duit mampu dpt cinta. apa pon mungkin ini sebahagian warna-warni kehidupan BSH, berjumpa dgn org yg salah dlm menilai kejujuran cinta anda. mana tahu, esk2 dah terjumpa org yg benar2 ikhlas mencintai anda, dan lngsng xkan terasa utk menyukai anda hanya kerana anda punya Perdana:)

    ReplyDelete
  2. HUHU. hanya mereka yg benar2 pandai hargai cinta saja takkan TERbeli dek cinta kan Srikandi. InsyaAllah. doakan saya =)

    ReplyDelete
  3. entry yg bagusss...mmg betul cinta x bley nak beli kebahgiaan...kebahgiaan hnya akn wujud bila kita mencintai seseorang dgn hati yg iklas dan bknnya disebbkan harta...kebnyakan org skrang suka pandang harta sbb katanya dpt berikan kesenangan, tpi klu hidup tidak bahagia apa gunanya kan...

    ReplyDelete
  4. trime kace mamy~ yes! kalau miskin harta, tp kaya kasih sayang mesti bahagia kn =D

    ReplyDelete

Terima Kasih atas Komen Anda ^_^ v

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...