Sunday, February 26, 2012

Lelaki Suka Perempuan Cantik Je ?

Assalamualaikum...

Hai adindaku yang cantik rupawan, 
Wajahmu bersinar bak bulan purnama,
Kulitmu halus bak sutera,
Putih kulitmu bak kapas dipusar,
Hidungmu mancung bak seludang,
Pipimu licin bak pauh dilayang,
Bibirmu bak delima merekah,
Rambutmu....=.=
Rambutmu hitam jambul di depan. 
CUTTTTTT!!!! *da macam drama P.Ramlee pulak. HAHA.*

See. Sejak zaman berzaman lagi kaum lelaki sudah membuktikan bahawa mereka lebih minat & suka dengan perempuan yang cantik. Yang macam dayang senandung yang macam Hana ni?? hah! tolak tepi. Sob sob :'( Laju..laju...buaiku laju...pohon beringin...Buailah! Buailah! Saya nak kahwin dengan anak raja. *ok,gedik* HOHO. Novel-novel yang laris di pasaran, filem-filem yang box office termasuklah drama petang-petang atau malam-malam yang korang dok layan tu, semua heroin dia mesti lawa-lawa kan. Sehinggalah kekadang terasakan bahawa dunia ni hanya untuk perempuan yang cantik saje.

Apa yang zahir, mestilah itu yang dipandang dahulu kan? Sebab tu lah manusia terutama lelaki akan tertarik kepada kecantikan sehingga terlepas pandang untuk menyelami, memberenangi hati budi perempuan itu terlebih dahulu. Eleh~ laki hampa toksah kelentong, Hana ada kawan lelaki jugak, kalau nampak awek lawa. fuhhh~ sampai dah hilang bayang die baru korang paling kepala kan ? kan ?
Korang (dlm hati) : HEHE. mane die ni tau nih.

Kawan-kawan perempuan Hana selalu cakap, cantik tu subjektif. Tapi yang Hana hairan bila kena berjemur panas mesti dorang kata "alah, hitam dah kulit aku" sedangkan mereka kulit putih. "OMG jerawat!!! sambil cuba memicit-micit jerawat tersebut" sedangkan kulit mereka licin. "Aku gemuk la" sedangkan haishh mereka tu lagi kurus dari Hana lah. Jadi, Hana rasa mereka cuma cakap begitu untuk sedapkan hati dayang senandung macam Hana ni saje. kbhai~

Sedangkan perempuan pun menilai kecantikan dari luaran apatah lagi lelaki. Barulah mereka rasa bangga nak tayang awek dia kat kawan-kawan kan. ye dak lelaki? Tapi siapa tahu perempuan yang so-so tu lebih mulia hati dia daripada perempuan yang cantik. Jadi mana yang korang akan pilih ? hati budi ? atau masih luaran ?
#Honestly, kadang-kadang terbit rasa kecik hati & jelez apabila melihat perempuan cantik. HUHU#

p/s : Jadi Hana di sini betul-betul nak tau. Lelaki ni memang suka perempuan yang cantik je ke dan kenapa ?

-sekepinghati-



2 comments:

  1. lelaki jenis perasan hensem la tu.. nak pompuan cantik ja, hbs dia ingt pompuan cantik tu nak sngt kat dia:P

    ReplyDelete
  2. Haha. hambik! mkn dlm beb kalo laki bace. kalo laki tu rase die encem la kan. haha.

    ReplyDelete

Terima Kasih atas Komen Anda ^_^ v

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...