Saturday, March 3, 2012

Pergimu Tiada Ganti.

Assalamualaikum...

Dalam kenangan ='(
Hana mengalami kemurungan yang teruk apabila kehilangan HP kesayangan (Motorola L7) pada tahun lepas. Sehingga termimpi akan HP tersebut. Saban hari Hana menyebut-yebut HP ni sampai mak saya naik bosan dengar. Sob Sob :'(
Korang : Euuww~ kalah orang putus cinta. tah pape tah. HP je kot.
Ya, pada pandangan korang, ia cuma HP biasa tapi pada Hana ia amat berharga. Banyak kenangan antara Hana dan ia. Walaupun sudah berkhidmat selama 4 tahun tapi kondisinya masih superb! Boleh kata pada tahap 9/10. berkilat seperti baru,  tak pernah meragam. Kalau korang nak tau, ia juga adalah HP pertama yang Hana beli dengan duit sendiri. Lain rasanya barang yang kita beli dengan duit sendiri. Sayang sangat-sangat. 

Mungkin HP ni nak Hana melupakan si dia sebab kehadiran HP ini seiring dengan kehadiran dia dalam hidup Hana. Saksi cinta Hana dan saksi juga ketika kami putus. Dalam HP ni banyak sangat kenangan, gambar dan mesej ketika bersama si dia dari mula kami kenal lagi. Mungkin HP ni tak sanggup tengok Hana sedih lagi sebab tu ia menghilangkan diri supaya saya tak dapat membaca mesej lama kami, melihat gambar kami bersama. HUHU. Sedikit sebanyak kehilangan ia dapat membantu Hana melupakan si dia. Walaupun banyak pengganti, tapi takkan pernah sama dengan ia sampai bila-bila.


p/s : Kamu kat mana ye sekarang ? dengan siapa? Hana rindu kamu. :'(
terima kasih, kamu sangat berjasa pada Hana selama ini.

-sekepinghati-

6 comments:

  1. banyak yer hp kamu..bak la 1

    ReplyDelete
  2. byknye hp..tp yg plg kita syg gak yg plg brmkna kan?=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. yg plg syg mmg b'makna. huhu. dan2 yg tu plak yg hilang =(

      Delete
  3. koleksi fon tu kamu pakai semua ke? :O

    ReplyDelete
    Replies
    1. err~ hehe. 2 da rosak. skang pkai 2 hp sbb 2 no. yg lg 1 ayah pakai =)

      Delete

Terima Kasih atas Komen Anda ^_^ v

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...