Friday, March 2, 2012

Saya Ahli PBSM ^_^

Assalamualaikum...

Ninoninonino. ketepi~ ketepi~ HEHE. Dengan ini saya mengisytiharkan bahawa saya adalah ahli PBSM yang aktif. Dah boleh dapat anugerah! Wohaa. Eh Eh. Bukan! Bukan ahli PBSM yang Persatuan Bulan Sabit Merah tu. PBSM ni stand for Persatuan Balik Setiap Minggu ! HAHA. Ok. Semester baru mula 2 minggu dan 2 minggu jugak lah Hana tak terlepas untuk membalikkan diri ke rumahku syurgaku tiap minggu.

Owh. Maaf roomateku kerana meninggalkanmu bersendirian. Maaf juga coursemates ku yang kerap kali melampiaskan api cemburu saat daku berkata "lepas kelas ni aku balik". HEHE. Nak buat macam mane. Sementelah jarak rumah dengan UKM ni dekat je. Jadi, Hana takkan lepaskan peluang untuk pulang pada awal-awal semester ini sebab assignment pon tak ada lagi kan. 

Kerelevanan pulang tiap minggu ? Uishh. Sangat la relevan. Antaranya :
1. Menjimatkan wang. Ni faktor utama nih. HEHE
Ok. Hana memperuntukan belanja makan sehari = RM10. Saya mula pulang hari Khamis petang/malam hingga Ahad petang. Jika saya tidak pulang ke rumah, maka saya akan membelanjakan RM30. Wah! banyak tu. Boleh cover makan untuk 3 hari kan. Hah. lagi satu! kalau tak balik rumah mesti nak berjalan je kan. *alah~ korang pon same. kan? kan?* So, sekali keluar dah RM50-100 dibelanjakan. Ish ish ish! kan ke dah melebihi RM30 tu?
2. Dapat makan masakan emak yang mabeles!
Bukan bermaksud makanan kat kafe kolej tu tak sedap. Tapi memang mak masak lagi s0dap lah walaupun kadang-kadang lauknya biasa je tapi makan bertambah-tambah. Owh. air tangan ibu tu sangatlah sedap! Setuju??? Haa. pastu kat rumah ni makan heaven! Asal lapar je bukak peti ais, ada coklat, air twister sampai 3 botol lain rasa, buah-buahan. Tak masuk lagi macam-macam jenis biskut, roti yang boleh disapu dengan pelbagai jenis jam. Ahh! Heaven! Tapi kalau kat U, perot lapar. Terpaksa la menahan saje. Nak makan biskut pon. kalau hari-hari, mampu ? Haiii.
3. Line internet yang laju. HAHA.
Kalau di U, saya terpaksa berkongsi perkhidmatan internet bersama beribu lagi pelajar. Maka tahap kelajuan internet sangat la mendukacitakan. Broadband? ahh. pon same! Kat rumah ni memandangkan penggunanya hanya saya seorang, maka kelajuan untuk mendownload drama bicara hati adalah kurang daripada sejam dan no buffering ketika menonton ceramah ustaz don di youtube. HEHE.
4. Rehat yang berkualiti
Ya! Hana rasa rumah adalah tempat rehat terbaik. Terapi tekanan/stress terutama apabila musim hampir kepada deadline assignmet. Borak-borak dengan mak, tengok tv sambil berbaring *kalau kat U nak tengok tv pon kt ruang tv, x boleh nak baring-baring, kadang tu kena berebut channel dgn orang, sangat lah x besh!*, keadaan rumah yang sunyi,  bau cadar dan selimut di rumah. Semuanya menyelesakan. 

Jadi, haruslah kan Hana pulang setiap minggu ! HEHE. jangan jelez =P

-sekepinghati-

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih atas Komen Anda ^_^ v

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...