Saturday, March 24, 2012

KTM baru !

Assalamualaikum...


Semalam pertama kali dapat naik KTM baru ni UKM ---> Rawang walaupun memang tiap minggu balik naik train. Wuu excited! Sampai abis setiap sudut Hana tilik. OK. tak payah nak jakun sangat! HEHE. *malu* Eleh~ korang pon mesti sama kalau dapat naik train baru ni kan. Lagi-lagi mereka yang jarang sangat naik train. Tapi rasanya train ni keluar time peak hour je (dalam jam 5 lebih camtu).

OK. Mai sini Hana nak kasi gambaran tentang train ni supaya korang pon teruja nak naik sama. 
1. Ada 6 coach daripada yang lama 3 je. Memang panjang betoi. Coach 3 & 4 (tengah) for ladies only at all time ye abang-abang, pakcik-pakcik. Sila la, JANGAN naik coach wanita. kami RIMAS! 

2. Pastu area dalaman lebih kurang LRT & monorel. Kira dah tak ada la pintu slide tu. Korang boleh pegi coach sebelah tu camtu je. 

3. Ada LCD screen macam train balik kampung. Bosan-bosan boleh tengok cerita. 

4. Pastu yang kat rajah laluan yang kat atas tu, alaaah yang korang selalu nak tengok lepas ni stesen apa. Haa. yang tu pon dah elektronik. Tiap kali dia dah lepas stesen tu dia akan jadi kaler merah. Yang belum kaler hijau. 

5. Pastu ada display yang tunjuk kita kat stesen mana & dah lepas stesen mana siap ada jam & tarikh. Kui3~ Kira kalau korang terjaga dari tidur tak ada la mengelabah nak tanya orang sebelah dah dekat stesen mana sekarang.  

6. Pastu ada CCTV lagi! siap laa pencabul! korang memang takkan terlepas! HAHA*gelakkejam*

Tulah antara perubahan KTM baru ni. Agak selesa (tapi kerusi dia keras) terutama bila kena time peak hour. Tak ada la rasa macam sardin dalam tin lagi. HUHU.

p/s : Sape yang dah naik? Jom kongsi pendapat korang pasal tren baru ni. Korang rasa OK ke KO? Apa-apa pun terima kasih KTMB kerana berusaha memberikan keselesaan kepada pengguna. =D

-sekepinghati-  

6 comments:

Terima Kasih atas Komen Anda ^_^ v

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...