Tuesday, April 24, 2012

Selamat Tinggal Kenangan.

Assalamualaikum...

Setelah khatam membaca novel "Cinta Kontrak" maka Hana dapat merasakan aura hulk hogan yang semakin kuat dalam tubuh Hana.
Korang : 0o0 <--- buat muka dgn mata terbeliak & mulut ternganga.
Saya : kehkehkeh~ *OKtipu*
OK. Hana bukan nak cerita pasal novel tu, cuma nak ambil sedikit moral of the story yang Hana dapat daripada pembacaan novel "Cinta Kontrak" iaitu :

  1.  Cinta tak semestinya perlu hadir sebelum nikah/kahwin. Tapi percintaan selepas nikah lebih indah tak terkata kerana semuanya Lillahi Taala. 
  2. Sekali kita kecewa dalam bercinta, tidak bermakna kita akan kecewa buat selamanya. Kekuatan dan keredhaan yang tulus ikhlas daripada hati akan menghadirkan sinar bahagia.
  3. Biar sedalam mana cinta kita terhadap mereka yang pernah melukai hati kita, kita akan dapat melupakannya dengan hadirnya cinta sejati yang sememangnya dijodohkan buat kita.
Err~ cukup la kot 3. Yang paling penting Hana nak tegaskan kat sini ! Jangan terlalu berduka, menitiskan air mata untuk mereka yang tinggalkan kita. Cara mudah nak lupakan dia? Katakan pada diri bahawa "DIA TAK LAYAK UNTUK AKU" *patut cuba kepada mereka yang putus cinta/kecewa* dan bukan sebaliknya seperti "apa salah & kurang aku?" 

Maka dengan kekuatan hati yang semakin mengunung, Hana telah mengambil keputusan mengirim kembali segala yang pernah dia bagi & takkan hidup lagi dalam kenangan sebab "Dia memang tak layak untuk aku!"

SELAMAT TINGGAL AWAK.
SELAMAT TINGGAL 3 TAHUN CINTA.
SELAMAT TINGGAL KENANGAN.
-sekepinghati- 

Saturday, April 21, 2012

CONTEST : I LOVE MY FRIENDS

Assalamualaikum...


Buat kali keduanya Hana join contest. 
Kali ni dari cik AQMA pasal friends korang!
Wuhuuu~ Teruja nak join sekali? 
Sila klik banner di atas untuk maklumat lanjut. 
Yang penting tarikh tutup contest = 10 MAY 2012. Take note ebelibadi!

OK. Gambar yang ingin dipertandingkan !
*drumroll*
|
|
|
V

Tadaa !!!
Meet my PAKWEs & MAKWEs
From left : ME, amal, dayah, ayie, ain, izul
I LOVE U. U LOVE ME.
WE ARE BEST FRIENDS FOREVER.
WITH A GREAT BIG HUG AND A KISS FROM ME TO U.
WON'T U SAY U LOVE ME TOO? ='D

Al-kisah....Tersebutlah kisah persahabatan 3 teruna & dara.
Yang berjanji setia best friends 4 eva.
(oppss! kami bukan pakwe-makwe, sekadar teman tapi mesra)

Lagu ini khas daku dendangkan buat kalian
*sila dapatkan painkiller  kerna dikhuatiri anda akan diserang penyakit jatuh cinta. Ibu mengandung juga tidak digalakkan mendengar jika tidak mahu anak mendapat 'kenan' suara merdu saya* <--- mintak penyepak gamaknye =P

Mempersembahkan.....jrenggggg*bunyi gitar*

Saat gembira, kita ketawa.
Tak pernah peduli sesiapa.
Do we care apa orang kata.
Asalkan bahagia milik kita.

Saat duka, mengalir air mata.
Mendengar cerita penuh setia.
Never let me sad lama-lama.
Berjenaka hingga tertawa ceria.

Walau kita teman tapi mesra.
Setia bersama hingga ke akhirnya.
Takkan ku lupa sampai bila-bila.
coz I LOVE MEREKA 4 eva.

Lagu/lirik : Hana Sekeping Hati (tuan rumah)
copyright control ©

Sekian, terima kasih. 
*cuit-cuit* (tag) :

Eh! saya tak buat syarat cik Aqma lagi satu iaitu :

KENAPA KORANG SUKA BERKAWAN DENGAN DIORANG ?
There is NO REASON why I like to be friend with such 
very very very cool friends like M.E.R.E.K.A.
Those who live life with joy and sorrow together.
No matter what, why, when, how do us apart.
M.E.R.E.K.A are the greatest friends i ever had.
I WILL ALWAYS LOVE M.E.R.E.K.A
-Till death do us apart- 

-sekepinghati- 

Sunday, April 15, 2012

Luahan Hati Budak Universiti

Assalamualaikum...

Setiap orang ada pandangan masing-masing. Ini pandangan Hana, bagi yang tak sepandangan dengan saya terpulang. Hanya kata nasihat diterima. Cacian makian serta kritikan takkan dilayan. MAAF.

Dengarlah luahan hati budak universiti = saya yang dah penat sangat nak study. Semua ni dilakukan hanya kerana mak ayah. Untuk balas jasa dan kasih sayang mereka. Sedangkan saya dah cukup cukup cukup malas nak study. Sangat susah bila jadi anak harapan. Sampai satu tahap saya rasa lagi elok kalau tak pandai. Dah tentu tentu tak bagi harapan pada mereka. Ini kalau dah setiap exam naik pentas ambil anugerah. Haishh =.='

Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga". (Riwayat Muslim).

Tapi pada Hana tak semestinya nak tuntut ilmu kena masuk Universiti. Ilmu itu dapat dituntut daripada pengalaman, secara praktikal itu lebih bagus daripada teori. Daripada mendapat teori tapi tidak dipraktikkan. Tak ada gunanya. Lagipun kebanyakan pelajar sekarang bukan mencari ilmu tetapi membaca dan menghafal sekadar untuk lulus, sekadar nak dapat straight A's dan Dekan. Tipu la kalau Hana katakan Hana bukan begitu. Kadang-kala terlintas juga begitu. Siapa yang tak nak cemerlang setelah penat belajar? Tapi lepas tu, result dan ilmu yang dapat tu sia-sia jadinya sebab tak dipraktikkan.

Untuk musnahkan harapan mak dan ayah adalah tidak mungkin. Jadi tanpa pilihan, Hana terpaksa menyambung pengajian walau sudah malas, walau bidang ini bukan minat Hana. Demi segulung ijazah buat ayahanda bonda. Mungkin ada yang akan kata, "Ada hikmahnya". Baik. Mungkin ada hikmah disebalik memberi kegembiraan pada orang tua. Alhamdulillah, result Hana setakat ini baik walau tidak cemerlang seperti mereka yang lain. Mungkin ini juga salah satu ganjaran yang Allah beri kerana cuba membahagiakan orang tua dan melepaskan apa yang diimpikan demi kebahagiaan mereka.

Mentaliti masyarakat mesti kena ubah. Pandai tak semestinya kena masuk Universiti OK. Jangan sesekali pandang rendah pada mereka yang tak masuk Universiti sebab kadang-kala ikhtiar hidup mereka dan ilmu mereka lebih hebat dari mereka yang menuntut di Universiti. Masih banyak cara lain untuk kita menuntut ilmu. Bukan menghasut, tapi pada adik-adik yang belum masuk Universiti. Sebagaimana sukarnya jalan untuk anda masuk Universiti, kesukarannya adalah 2 kali ganda ketika anda berada di Universiti. Renungkan dan Fikirkan ~

p/s : Mood kini adalah kemalasan tahap berganda luar biasa untuk menyiapkan asaimen-asaimen yang deadline minggu depan. Mengalir laju air mata tatkala memaksa hati untuk terus kuat sehingga ke tahun 3 (T.T) . Ya Allah . Tiada siapa tahu derita di hati.
-sekepinghati- 

Saturday, April 7, 2012

tibetibe RINDU (T.T)

Assalamualaikum...

Kala ini ingin aku jerit sekuat hati yang 'aku RINDU kamu'. SANGAT-SANGAT.
Malam kau bawalah rinduku untuk dirinya yang jauh dariku.
Adakala aku begitu kuat menghadapi segalanya.
Namun aku cuma wanita biasa.
Yang punya CINTA, SAYANG juga RINDU.

Allah, masih tidak redhakah aku dengan ketentuanMu ?
Sedangkan Kau telah berfirman :
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,
dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu,
Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah : 216)

Ya Allah. HambaMu ini tidak mengetahui mana baik, mana buruk ya Allah.
Tunjukilah aku ya Allah. Pandulah diri ini ya Allah. 
Hamba berserah segala hanya padaMu.
Ya Rabb Yang Maha Mengetahui.

Ya Allah, jika benar dia buat diriku, jodohku, bakal imamku.
Lembutkanlah hatinya untuk menerima diriku seadanya.
Permudahkanlah laluan menuju ke arah keredhaanMu.
Dekatkanlah & Panjangkanlah jodoh kami hingga ke syurgaMu.

Tetapi ya Allah, jika dia bukan untukku.
Hilangkanlah segala kesedihan & kekecewaanku ini ya Allah.
Padamkanlah segala ingatanku terhadapnya.
Dan pertemukanlah aku dengan jodoh & imamku yang sebenar.
Yang suka mengikut segala suruhanMu & takut melakukan laranganMu.
Yang mampu membimbingku & keluarganya ke jalanMu ya Allah.
Yang apabila mencintainya maka cintaku terhadapMu semakin subur.
Yang saat aku merinduinya maka rinduku terhadap Rasulullah semakin membara.
Amin Ya Rabbal Alamin.

Buat bakal imamku : aku setia menunggumu. 
SEINDAH MAWAR BERDURI.
~ Jannatul Wardah ~

-sekepinghati- 






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...