Monday, May 28, 2012

ATTENTION BLOGWALKERS : SORRY. I'M BUSY.

Assalamualaikum...

First of all, Hana nak minta maaf sangat sebab sekarang Hana superduper busy. Sekarang pun Hana berada di library. Al-maklum di penghujung semester. Time-time ni tengah gigih menyiapkan segala tugasan & saat-saat akhir lecturer bagi tugasan baru. Normal student life. HUHU.

TO BLOGWALKERS yang setia singgah sini, Hana nak ucap terima kasih sebab masih sudi jenguk-jenguk sini. Buat masa ni Hana memang tak ada masa nak singgah/blogwalking ke blog korang. Apa pun jangan risau, Hana akan cover & jelajah semua yang sudi singgah/tinggal jejak, komen & follow bisikansekepinghati ni. Segala kesibukan & kesengsaraan serta ketidakcukupan tidur bakal lenyap khamis ni. DOAkan Hana terus tabah *aicece~ tabah uuuu* HEHE. CHAIYOK! *kasi semangat diri sendiri*

Sekian, Jumpa Khamis malam semua. *tak sabar nak balik rumah*.
p/s : LOVE YOU

-sekepinghati-

Saturday, May 19, 2012

DOODLE pertama !

Assalamualaikum...

1st time Hana buat doodle & Hana agak kagum dengan bakat Hana.
*OK. x payah nak show off sangat la kan*
HEHE. bukan show off. Cuma nak zahirkan rasa happy sangat2!
Sebelum ni Hana tengok cantiknya orang buat doodle.
Omey nye blog dia ada doodle. HUHU.
Teringin nak ada doodle dalam blog. Tapi tak tahu nak buat.
Semalam Hana gagahkan jugak buat *padahal asaimen berlambak menunggu* =P

Ni lah doodle yang Hana buat :


OK tak ? HEHE. 

Walaupun tak kemas & secantik orang lain buat tapi still rasa best !
Lagipun sebab 1st time buat & tak ada kepakaran melukis. Hana tekap dulu kat kertas.
Lepas tu capture & upload kat lappy. Baru lah edit balik. Huhu.
Yeah! Cuti sem ni tau dah la apa Hana nak buat kalau bosan.

-sekepinghati-

SEGMEN SAYA NAK JOIN BLOGLIST KORN

Assalamualaikum...

Yeayy! Nak join segmen pulak. 1st time bersegmen ni.
sebelum asyik join GA & Contest je kan.
Adakah Hana yang En. Korn cari ?? 
Sempoi ? boleh tahan la + omey lagi. kihkih~ *sila lempang*
Boleh dibuat member? Hana kawan je dengan semua tanpa ada diskriminasi !
*entah kenapa bila tulis nama Korn automatik Hana nak cakap Thai* motif?
jeng jeng jeng...


Korang nak join jugak ? Cepat-cepat klik banner kat atas! 
Korn nak 30 blogger SAHAJA!
Untuk 5 yang terawal lagi untung! tak ada pilih-pilih.
Terus masuk dalam bloglist beliau !
TARIKH TAMAT : 25 MEI 2012

-sekepinghati-

Friday, May 18, 2012

Exclusive Giveaway By Cik Bunny

Assalamualaikum...

Join GA lagi ! Yeah. Thanks Cik Bunny (tuan blog) atas jemputan =D
Korang berminat jugak nak join ? klik klik BANNER di bawah untuk lihat syarat penyertaan !
TARIKH TUTUP : sehingga lebih 500 penyertaan
*Huahua, lama lagi nih. Jom join ramai2 bagi cukup 500 !*


Giveaway ini dianjurkan oleh Inspire Bunny ditaja bersama NMA ShopButikpinkkuBunny Inspired dan Heart Inspiration (boutique) 

-sekepinghati-

Saturday, May 12, 2012

CONTEST KE 2 HAZWAN HAIRY

Assalamualaikum...

Hari ni Hana bosan. So, Hana join contest lagi.
EN. HAIRY (tuan punya blog), dah jemput Hana join lama dah.
Tapi baru ni berkesempatan nak join. TQ HAIRY =D
Sesiapa yang minat nak join jugak meh klik banner kat bawah untuk tengok syaratnya.
Yang penting hadiah dia memang lain dari lain sebab ada buku & sijil.
TARIKH TUTUP : 15 MEI 2012


Antara syarat contest ni ialah buat slogan. 
Fuhh. Hana cuba ek. Daku bukan seorang yang puitis.
Mempersembahkan slogan daku :

"SAYA SUKA MEMBACA KERANA MEMBACA KUNCI ILMU SEANTERO SEMESTA. BUKA BUKU, BUKA MATA, BUKA MINDA, BUKA HATI MAKA DIRI AKAN DIHORMATI DAN DISEGANI."

-sekepinghati-

'Thank You Cikgu! Giveaway by Mala Nasohah'

Assalamualaikum...

Kali ni Hana join giveaway setelah di'tag' oleh HAZIQAH. TQ for tagging yunk.
Giveaway ini adalah bersempena dengan HARI GURU oleh Puan Mala Nasohah !
Beliau juga merupakan seorang guru. SELAMAT HARI GURU Puan =D
Korang berminat jugak nak join? Boleh klik banner di bawah.
TARIKH TUTUP : 16 MEI 2012


Ucapan ini KHAS buat guru-guru seluruh DUNIA. Especially buat guru terbaik ku, MAK & AYAH. Cikgu-cikgu & pensyarah-pensyarah di :
1) Tadika al-Hidayah, Selayang
2) SK Taman Selayang 2
3) SK Batang Kali
4) SK Bandar Baru Batang Kali
5) SMK Bandar Baru Batang Kali
6) SMK Syed Mashor
7) Universiti Kebangsaan Malaysia

TERIMA KASIH CIKGUKerna KAMU kini daku di menaraMenggapai impian dan cita-citaMembuat KAMU tersenyum bahagia & bangga
TERIMA KASIH CIKGUKerna KAMU kini aku menjadi seorang manusiaKu berjanji akan menjadi insan bergunaKepada agama, bangsa dan negara
TERIMA KASIH CIKGUTidak akan ku lupa jasa & pengorbananmuMengasuh, mendidik & mengajar tanpa lelah dan jemuKu mahu KAMU tahu, KAMU bukan sahaja sentiasa dalam ingatankuNamun, dirimu akan turut ku kenang dalam doa kudusku
" Ya Allah, ampunilah dosa kedua ibu bapaku, guru-guruku, pensyarah-pensyarahku. Berikanlah mereka kesihatan yang baik supaya mampu terus melaksanakan perintahMu. Panjangkan umur mereka. Redhailah mereka di dunia dan di akhirat. Tempatkanlah mereka di syurgaMu kelak. Amin Ya Rabbal Alamin."

 ~ SELAMAT HARI GURU ~

cuit-cuit *tag*:

-sekepinghati-

SERAM !

Assalamualaikum...

Hiiiihihihihihi *panjang mengilai*. Cu...cu...Nenek dah lama tunggu kat tingkap ni. Buka la kasi nenek masuk. HEHEHE. SORI. SORI. mesti ada yang menghamun Hana sebab takutkan korang. Best jugak entry ni kalau post memalam. kihkih~

OK. Tamat intro. Hana sebenarnya nak ceritakan satu kisah agak-agak seram kuku jugak la. Kisah ni berlaku masa Hana sekolah lagi tapi form berapa tak hingat pulak. Korang : hah? Hana jumpa hantu ke? Dengar hantu mengilai ke? Eh. Tak! Tak! Bukan. Kisah seram ni bukan pasal hantu, pontianak mengilai ke apa. Tapi pasal Hana yang naik HANTU! hehehe. 

Ada satu hari tu, Hana bangun-bangun tidur. Dalam keadaan mamai tak mamai Hana terus menyepahkan segala benda. Bayangkan bangun je tidur terus tarik-tarik cadar sampai bersepah, bantal dibaling bergelimpangan di lantai and last sekali Hana ambil beg sekolah dan teraburkan semua benda yang ada dalam tu. TIBA-TIBA baru Hana macam tersedar! Hana : EH. ape aku buat ni?? Lepas tu Hana terus rasa takut dengan diri sendiri & cepat-cepat Hana keluar dari bilik. Hui. naik bulu roma kot.

Hana fikir "aku ni kena rasuk ke?" Tapi bila fikir balik betul-betul. Ni mungkin salah satu refleksi tekanan perasaan or stress yang terlalu Hana pendam. Yup. Hana memang seorang yang suka pendam rasa sedih ke, stress ke, marah ke & mungkin sampai satu tahap badan & fikiran dah tak dapat terima. Mungkin korang pernah alami bangun tidur je tengah menangis. Kan? Kan? Mungkin tu refleksi tahap ringan, tapi yang Hana ni tahap sederhana kot *teori sendiri* HEHE. Punca kedua jadi macam tu sebab tidur lepas Asar! Haa. Orang tua-tua, ustaz ustazah dah pesan dah. Jangan tidur lepas Asar. Degil sangat. Kan bangun-bangun je dah mereng! Sampai sekarang Hana takut nak tidur lepas Asar. Kalau penat sangat-sangat je tertidur. Kuikuikui~

P/S : Ada sesiapa jugak pernah alami macam Hana? Moralnya, Jangan Tidur Lepas Asar kalau tak nak NAIK HANTU! =P

-sekepinghati-

Wednesday, May 9, 2012

STARLIGHT TEARS

Assalamualaikum...

새하얀 별빛이 눈물을 감싸요
Saehayan byeolbichi nunmureul gamsaya
Cahaya bintang putih yang terang menyelimuti air mataku
따뜻한 바람에 눈물이 내려요
Ddaddeuthan barame nunmuri naeryeoyo
Di kehangatan udara, air mata ini jatuh berderai
그대 느끼나요?
Geudae neugginayo?
Apakah kau rasakan bisikan dalam kesunyian ini?
조용히 속삭이는
Joyonghi soksakineun geudaereul hyanghan I ddeolrimeul
Getaran ini hanya terpancar untukmu

하얀 종이 위에 그댈 그려요
Hayan jongiwee geudael geuryeoyo
Di atas kertas putih aku melukiskanmu
따뜻한 미소가 안아 주네요
Ddaddeuthan misoga nal anajoneyo
Kehangatan senyummu seakan memelukku
이게 사랑인가요?
Ige sarangingayo?
Mungkinkah ini cinta?
눈을 감아봐도그대만 보이는 걸요
Du nuneul gama bwado geudaeman boineun geolyo
Kucuba  pejamkan kedua mata ini, 
namun hanya engkau yang selalu kelihatan

I'll be waiting for you, 그댈 기다릴게요 *
I’ll be waiting for you geu dael gidarilgeyo
Aku akan menunggumu, aku akan menantimu
이상 아픈 눈물 보이지 않을래요 *
Deo isang apeun nunmul boiji aneulraeyo
Bagaimanapun juga, aku tidak akan memperlihatkan air mata kesedihan ini
You let me know, 거짓말 같은 사랑 *
You let me know geojitmal gateun sarang
Kau beritahu aku sebuah kepalsuan cinta 
놓지 않을 거에요 바로 그대니까요 *
Nochi aneul guh ehyo balo geudeh ni ggayo
Aku tidak akan melepasmu kerana yang ada hanya engkau seorang

그대와의 기억 속을 걷고 있어요
Geudaewaye gieok sokeul geotgo isseoyo
Aku berjalan di atas kenangan bersamamu
가슴 가득히 눈물이 고여요
Gaseumsok gadeukhi nunmuri goyeoyo
Dan hati ini dipenuhi air mata
어떻게 하죠?
Na eoddeotge hajyo?
Apakah yang harus aku lakukan?
꿈속에서도조차 그대를 그리워해요
Ggumsokeseodojocha geudaereul geuriweohaeyo
Sedang dalam mimpipun aku merindukanmu
Ulang Chorus (*)

바라봐 줘요 저기 별들처럼
Nal barabwa jweoyo jeogi jeo byeoldeulcheoreom
Cuba lihatlah aku seperti bintang-bintang di atas sana
맘의 그대가 되어줄
Naemamui geudaega dweeojul su eobnayo
Tidak bisakah engkau ada dalam hatiku 
Ulang Chorus (*)

Lagu ni sangat bermakna untuk Hana, hanya mereka yang memahami dan turut mengalami akan faham.
p/s : awak, lagu ni saya tujukan khas buat awak, capital S

-sekepinghati- 

Thursday, May 3, 2012

FOREVER ALONE.

Assalamualaikum...

Forever alone? Who? Ehem. ehem. ('.')/ *angkat tangan tinggi-tinggi.* HUHU. Sungguh tragis jalan hidupku yang sentiasa keseorangan. Namun ku masih tabah menjalaninya dan mensyukuri segala nikmat Allah SWT berikan. Alhamdulillah.

Ayat popular mereka di Universiti yang sudah lali saya dengari tatkala terserempak dengan mereka, "sorang je ke?". Entah kenapa Hana selalu jalan sorang-sorang, makan sorang-sorang, study sorang, pergi library sorang even kadang tu, shopping pon sorang. Ada sesiapa lagi ke yang sama perangai dengan Hana? Atau Hana sorang je yang ada kisah sedih sebegini. Korang : Kesian. Kesian. Hoho. Tak ape. Tak perlu kesiankan Hana sebab memang diri Hana sendiri sebegini. Suka bersendirian gamaknya plus i'm the only girl in family. So, dari kecil memang sudah biasa sorang-sorang. Kawan pon tak ramai. Kat rumah pon Hana lebih suka terperap dalam bilik (tapi kalau dah keluar, tak ingat nak balik. kihkih~).

Kalau pakar psikologi yang baca ni mesti dorang cakap Hana ni kurang normal. HOHO. No!No! I'm normal but i'm just feel comfortable being alone. Antara punca kenapa Hana suka sorang-sorang :
  1. Hana jenis suka semuanya cepat. So, bila sorang kita tak payah nak tunggu orang & kadang-kadang bila dah ramai sangat kepala dalam satu-satu masa. Semua nak kena ikut cakap dorang. So, Hana tak boleh nak decide apa yang Hana nak (saya jenis tak membantah, ikut je tapi memberontak dalam hati).
  2. Lecturer Hana selalu pesan make wide circle of friends. Tapi Hana tak setuju sangat sebab kalau banyak kawan tapi jenis yang hanya ada time kita senang, tapi bila susah hilang,  tak guna juga kan. So, Hana selesa dengan kawan yang Hana ada sekarang & takkan tambah kawan (untuk jadi kawan yang rapat la, kalau kawan biasa-biasa tu dengan semua orang Hana boleh berkawan).
  3. Hana bukan orang yang peramah (dok fikir macam mana la nak jumpa bakal mak mertua). Hana tak berapa suka nak bercakap terutama dengan orang tak kenal/rapat. Cakap bila perlu. So, tak heran kalau orang cop Hana ni sombong. HUHU. Tak apa. Tak kisah. Cuma Hana nak perbetulkan. Hana tak sombong, kalau mereka dah betul-betul kenal dengan Hana. Apatah lagi rapat. Mesti dorang akan rasa Hana tak seperti yang mereka fikirkan. Kadang tu Hana rasa, Hana ada dua personaliti yang sangat berbeza dalam diri.
  4. Kurang dosa. Apa kaitannya?? HOHO. Tentulah ada kaitan. Yakni apabila kamu sorang-sorang. Kamu nak cakap dengan siapa? Kalau dah berdua atau ramai tentu nak bercerita pasal orang kan? Gosip gosip. betul tak? Jadi, lebih baik duduk sorang-sorang.
Last but not least, yang paling penting....adalah kerana Hana selesa sorang-sorang macam ni. Tak perlu nak menjaga hati orang, risau orang kecil hati or what so ever. Just jaga diri sendiri. Kadang-kadang Hana rasa Hana dah boleh hidup berdikari seorang diri di perantauan sebab tak perlu orang ada di sisi untuk buat sesuatu. Just buat sendiri. kihkih~
HANA the foreveralone .
Nota kaki : Bagi memastikan keselesaan ketika memerap dalam bilik, maka Hana akan pastikan bilik Hana sentiasa kemas & bersih (tak suka sepah-sepah). Ia seperti sudah menjadi kebiasaan walaupun dah masuk U. Hana akan kemas tempat Hana elok-elok. Kalau bakal mak mertua datang terjah, Hana tak risau dah. Hehe.

-sekepinghati-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...