Tuesday, September 25, 2012

Pilihan Raya Kampus

Assalamualaikum...

Tak silap Hana hari ni seluruh Malaysia sedang rancak dengan Pilihan Raya Kampus. Hari ini juga adalah hari yang berbahagia buat pelajar-pelajar yang tak berapa nak rajin macam Hana sebab hari ni kelas dari jam 8-1 petang dibatalkan. Tapi kalau dapat lecturer yang "best" sikit, maka akan ada la kelas ganti. Ngeh ngeh ngeh~

Kenapa setiap kali pilihan raya mesti ada politik "jijik" yang menjadi senjata calon-calon serta konco-konconya? Politik jijik ini terjadi pada kawan Hana sendiri. Beliau juga merupakan salah seorang calon umum semester ini. Gambar beliau telah di-super impose-kan menjadi gambar separuh bogel dan telah disebarkan ke seluruh laman sosial. Astagfirullah. Sampai begitu sekali ke? Perlu ke buat begitu untuk menang? Sah orang yang buat tu memang tak berakal ! Hana sebagai kawan sakit hati tengok kawan sendiri diaibkan & difitnah begitu. Huhu. Hana tak faham la. Mereka kan sudah besar dan matang. Pelajar Universiti lagi. Kan lebih molek bertanding secara bersih dan sihat. 

Pilihlah calon yang tentunya anda pasti dapat membela nasib dan kebajikan pelajar. Mahasiswa-mahasiswi sekalian. Sudahkah anda turun mengundi? "Kuasa di tangan anda" SELAMAT MENGUNDI =D Spread 


-sekepinghati-

Saturday, September 22, 2012

Burger Samurai ?

Assalamualaikum...

Ngeh ngeh~ Saje besarkan gambar ni baru korang terliur sekali =P
Taukah anda kemunculan baru "Samurai Beef Burger" oleh McD? Tau? OK. Bai. Hana yang terlambat loading! Hahaha. Emm. Dipped in teriyaki sauce! Nyum! Sedap benar ke burger ni? Nampak menguirkan. Siapa yang dah makan? Ce komen. Yang Hana dapat respon daripada laman Facebook mengatakan burger  ni takde la sesedap mana. Huhu. Tapi apa pun malam ni Hana nak serang McD untuk rasa sendiri burger terbaru ni. Jom bersamurai bersama Hana ! =D Spread 

-sekepinghati-

Friday, September 21, 2012

Tahun Terakhir

Assalamualaikum...

Cepat betul masa berdetik. Sekarang rupanya Hana dah jadi pelajar tahun akhir. Bila teringat balik, macam baru je masuk U. Kenal kawan-kawan baru. Tapi rupanya sekarang dah sem 5 dah. Huhu. Sedih nak tinggalkan U? Memang TAK lah. Bhahaha. Lagi nak cepat habis ada!

Tapi yang merunsingkan sekarang. Tahun akhir bukan tahun yang mudah. Setahun ni la penentu kita grad dengan jayanya atau kena extend! Oh NO! Siapa kata untung la dah tahun akhir. Untung la dah nak habis belajar. Eh. Kalau diberi peluang rasa macam nak selamanya tahun 1 & 2 dan tamat pengajian tanpa perlu lalui tahun akhir. Spread 

TAHUN AKHIR = TESIS = STRESS !

p/s : Hanya mereka yang telah/sedang lalui akan memahami. *nak nangis woo*

-sekepinghati-

Thursday, September 20, 2012

Kad Raya

Assalamualaikum...

Baru nak update pasal kad raya? Dah basi la weh! Huahua. Ampun maaf pemberi kad raya. Huhu. Ok. Macam yang Hana dah cakap kat last entry. Tahun ni Hana dapat 2 kad raya daripada kawan blogger iaitu Hery & Buu. Meh tengok kad raya dorang bagi !


Jom usha2 dalam pulak. Apa agaknya yang dorang tulis.

http://www.hazwanhairy.com/
Ok. Yang atas ni daripada Hazwan Hairy. Kad beliau sendiri yang didesign dan dicetak oleh BOX Creative. Tengoklah siap ada nama & gambar beliau yang macho lagi. Hoho. Bestnya hantar kad ada muka kita. Hihi. Kalau ada yang rasa tahun depan nak buat kad raya macam ni hantar kat kawan-kawan boleh la klik --> SINI

http://bubushumel.blogspot.com/
Kad raya yang kedua ni datangnya daripada Cik Buboo yang omey macam tulisan beliau jugak omey je. Kan kan? Tengok la cantik & kemas je tulisan beliau. Hihi. Beliau ni sangat la humble. Siap minta maaf kalau-kalau kad yang diberi ini simple sangat. Dah ada orang bagi kad raya pun Hana dah happy sangat la Cik Buu. Lagi-lagi dengan ayat depan kad "Semoga Dirimu Mengerti, Untukmu yang Dirindui". Hihi. Berbunga-bunga rasa.

Terima kasih banyak Hery & Buu. Kad raya pertama Hana dapat daripada kawan blogger. Terharu. ='D InsyaAllah tahun depan Hana balas kad korang & bagi pulak kad raya kat blogger lain. Oh ya. Bagi yang tak kenal Hery & Buu lagi jom jalan-jalan blog dorang. Spread 

-sekepinghati-

Wednesday, September 12, 2012

:: Setelah 40 Hari Menghilang ::

Assalamualaikum...

Annyeong korang. Lama sungguh tak update. Oh My Bad! Check traffic. Eh. Masih ada yang datang sini setiap hari. Thanks to followers & readers yang masih menjenguk-jenguk sini walaupun memang lamo beno ha den tak hapdate. Dah macam tempoh berpantang 44 hari dah ni. Kuikuikui~

Ohh. Harap masih tak terlambat nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI pada syawal yang ke-25 ni. Ampun maaf segala salah silap yang secara tidak sengaja melukakan sesiapa, terkasar bahasa, tutur kata di alam blogging ini. Terima kasih Incik Hery & Cik Buu yang sudi hantar kad raya! Nanti Hana update entry khas untuk korang k. 

Wah. Masih banyak benda nak story-mory dengan korang. Tapi cukuplah entry intro kemunculan setelah menghilang berakhir di sini. Till then. Spread  

-sekepinghati-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...