Saturday, December 15, 2012

ATTENTION BLOGWALKERS : Maaf. Saya Sibuk.

Assalamualaikum...

Hai warga bloggers merangkap followers & readers.
Maaf sangat-sangat. Minggu depan = minggu last perkuliahan. So, Hana akan super duper busy. Time-time macam ini memang semua yang bergelar student tengah gigih siapkan semua assignment & seperti semester lepas. Time akhir-akhir ni jugalah lecturer tambah tugasan baru.

Ehsan pakcik Google

TO BLOGGERS yang setia singgah sini, 
Hana nak ucap terima kasih sebab masih sudi jenguk-jenguk sini. Buat masa ni Hana memang tak ada masa nak singgah/blogwalking ke blog korang. Apa pun jangan risau, Hana akan cover & singgah semua yang sudi singgah/tinggal jejak, komen & follow blog bisikansekepinghati ni lepas siap sahaja semua assignment. Panjang umur jumpa lagi. Sekian. 

Spread  

-sekepinghati-

Wednesday, December 12, 2012

12 . 12 . 12

Assalamualaikum...

Hai. Entry pertama di bulan Disember.
Eh. Hana update entry hari ni bukan sebab tarikh yang lawa tu.
Tp sebab hari ni annivesary mummy & ayah yang ke-25

HAPPY ANNIVERSARY !
L.O.V.E both of u.


Semoga family kami sentiasa dalam keadaan yang sakinah mawaddah wa rahmah

Spread 

-sekepinghati-

Friday, November 30, 2012

CONTEST KALENDER 2013 EKSKLUSIF HAZWANHAIRY | BOX CREATIVE

Assalamualaikum...

Setelah lama menghilang tuptup muncul gara-gara contest abam spotim nih. Kehkehkeh~

Korang dah ada kalendar 2013 kat rumah? Apa? Takde lagi??
Haa. Oleh itu, meh reramai join contest Hazwan Hairy ni. 
Korang mungkin bertuah (Encik Random.org yang akan pilihkan) memiliki kalendar eksklusif dari beliau. Lalu dapatlah korang menempekkan kalender ni di dinding rumah. 
|
|
|
V
TARIKH TUTUP : 12/12/12
klik untuk join ---> SINI

Super duper cool kan kalendar ade gambo sendiri.
Kalau korang berminat nak buat pun boleh PM beliau di FB. 
Jangan risau. Beliau sangat sporting!

Spread 

-sekepinghati-

Thursday, November 15, 2012

SALAM MAAL HIJRAH 1434H

Assalamualaikum...

credit : facebook.com/hijjaz/deviantart.com
Semoga tahun baru ini kita berubah ke arah kebaikan walaupun sedikit dan menjadi semakin baik. Baik bukan sahaja dari segi akhlak, pakaian, tutur kata tetapi juga dari segi komitmen, tanggungjawab dan sebagainya yang berkaitan sesuai sebagai khalifah di bumi ini. Semoga juga segala kebaikan ini sentiasa istiqamah (berterusan). InsyaAllah.

p/s : Hana mahu berubah jadi lebih rajin untuk menyiapkan assignment dan tesis. Azam korang apa?

p/s 2 : Rakan-rakan. Ayuh doakan saudara-saudara seislam kita di Gaza. Semoga mereka diberikan kesabaran dan lindungan Allah SWT. Amin...

Spread 
Pray for GAZA

-sekepinghati-



Thursday, November 8, 2012

Hello Cameron !

Assalamualaikum...

Hai Hello semua. Hana baru pulang dari Cameron Highland Ahad lalu bersama Kelab Wawasan UKM. Memang dah berhari-hari yang lalu tapi baru sempat nak mengupdate. kihkih~ 

Cuaca di Cameron sekarang tersangatlah sejuk sebab musim hujan kan. So, sesiapa yang bakal ke Cameron tu bawa baju sejuk yang tebal ye. Jangan jadi macam Hana yang hanya pakai cardigan, mentang-mentang rumah dekat dengan Genting konon dah biasa dengan cuaca sejuk. Sekali sampai sana. Mengeleteq satu badan weh! Sejuk sampai tulang hitam.

Kalau pergi Cameron tak sah kalau tak pergi pasar malam Berinchang kan? Maka bershopping sakanlah mereka di pasar malam tersebut. Hana cuma beli strawberry, dried strawberry, strawberry tea & souvenir untuk kawan-kawan.

Ahad pagi bersiap untuk hiking Gunung Berinchang! Yeay! First time hiking gunung. Selalu bukit je. And first time jugak la Hana muntah di pertengahan pendakian. Mungkin gara-gara breakfast nasi lemak. Walaubagaimanapun Hana tetap berjaya daki sampai puncak! Bravo. Daki best part turun lemau tapi boleh la sight-seeing sebab lalu ladang teh.

Apa pun memang best! At least dapat lupakan stress tesis. Ok la buat warga kota yang stress untuk datang bercuti di Cameron sebab suasana dia senyap, nyaman, fresh & hijau!

Pergilah bercuti. Segalanya ada di Malaysia. Cuti-cuti Malaysia. =D

PUNCAK GUNUNG BERINCHANG
KELAB WAWASAN, UKM
Spread 

-sekepinghati-

Friday, November 2, 2012

How Do I Love U? =|

Assalamualaikum...

Hello readers. Semoga urusan kalian pada hari Jumaat, penghulu segala hari ini lancar dan dipermudahkan. Amin. Oh. Mesti korang semua dah muak Hana asyik la update pasal thesis. OH MY! Perempuan ni tak ada cerita lain ke nak story? Kikiki~ Ampun maap. Hana dalam ketensionan. Tak tau nak cerita kat siapa. So blog jadi mangsa. 

So now, again dan over again. Nah! 


Errkk. Agak-agak boleh jatuh cinta tak kalau buat macam ni? =.='

Spread 

-sekepinghati-

Wednesday, October 31, 2012

Mana Hilangnya Mood ?

Assalamualaikum...

Maaf. Terlalu lama tak mengupdate blog. Semenjak dua menjak bermenjak-menjak ni Hana macam ketandusan idea. Kehilangan mood untuk menulis. Ini semua gara-gara tesis. Busy? Tak busy sangat. Malah kelas cuma 2 hari seminggu. 

Kehilangan mood semakin menjadi-jadi apabila Hana tau penyelia tesis Hana. Beliau sangat baik. Bersikap keibuan tapi beliau juga sangat garang dan tegas. Pada satu peristiwa tahun lepas beliau telah mencampak tesis senior. Kemudian call senior tersebut sambil marah-marah depan kelas. Hana tak boleh dengan orang garang-garang ni. Nanti Hana cepat patah semangat. Dan Hana dapat tahu yang 4 orang berada di bawah seliaan beliau tahun lepas semua dapat C. Adakah Hana akan grad dengan gred C juga tahun depan? Penat rasanya belajar tiga tahun sambil mengekalkan pointer tapi grad dengan tesis C. Down! T.T

Bukan setakat mood menulis blog down tetapi juga mood belajar. Ntah mana terbang dan hilang. Sudah masuk minggu ke-8 pengkuliahan tapi satu assignment pun Hana masih tak usik. Huu. Doakan Hana :'|

-sekepinghati-

Tuesday, September 25, 2012

Pilihan Raya Kampus

Assalamualaikum...

Tak silap Hana hari ni seluruh Malaysia sedang rancak dengan Pilihan Raya Kampus. Hari ini juga adalah hari yang berbahagia buat pelajar-pelajar yang tak berapa nak rajin macam Hana sebab hari ni kelas dari jam 8-1 petang dibatalkan. Tapi kalau dapat lecturer yang "best" sikit, maka akan ada la kelas ganti. Ngeh ngeh ngeh~

Kenapa setiap kali pilihan raya mesti ada politik "jijik" yang menjadi senjata calon-calon serta konco-konconya? Politik jijik ini terjadi pada kawan Hana sendiri. Beliau juga merupakan salah seorang calon umum semester ini. Gambar beliau telah di-super impose-kan menjadi gambar separuh bogel dan telah disebarkan ke seluruh laman sosial. Astagfirullah. Sampai begitu sekali ke? Perlu ke buat begitu untuk menang? Sah orang yang buat tu memang tak berakal ! Hana sebagai kawan sakit hati tengok kawan sendiri diaibkan & difitnah begitu. Huhu. Hana tak faham la. Mereka kan sudah besar dan matang. Pelajar Universiti lagi. Kan lebih molek bertanding secara bersih dan sihat. 

Pilihlah calon yang tentunya anda pasti dapat membela nasib dan kebajikan pelajar. Mahasiswa-mahasiswi sekalian. Sudahkah anda turun mengundi? "Kuasa di tangan anda" SELAMAT MENGUNDI =D Spread 


-sekepinghati-

Saturday, September 22, 2012

Burger Samurai ?

Assalamualaikum...

Ngeh ngeh~ Saje besarkan gambar ni baru korang terliur sekali =P
Taukah anda kemunculan baru "Samurai Beef Burger" oleh McD? Tau? OK. Bai. Hana yang terlambat loading! Hahaha. Emm. Dipped in teriyaki sauce! Nyum! Sedap benar ke burger ni? Nampak menguirkan. Siapa yang dah makan? Ce komen. Yang Hana dapat respon daripada laman Facebook mengatakan burger  ni takde la sesedap mana. Huhu. Tapi apa pun malam ni Hana nak serang McD untuk rasa sendiri burger terbaru ni. Jom bersamurai bersama Hana ! =D Spread 

-sekepinghati-

Friday, September 21, 2012

Tahun Terakhir

Assalamualaikum...

Cepat betul masa berdetik. Sekarang rupanya Hana dah jadi pelajar tahun akhir. Bila teringat balik, macam baru je masuk U. Kenal kawan-kawan baru. Tapi rupanya sekarang dah sem 5 dah. Huhu. Sedih nak tinggalkan U? Memang TAK lah. Bhahaha. Lagi nak cepat habis ada!

Tapi yang merunsingkan sekarang. Tahun akhir bukan tahun yang mudah. Setahun ni la penentu kita grad dengan jayanya atau kena extend! Oh NO! Siapa kata untung la dah tahun akhir. Untung la dah nak habis belajar. Eh. Kalau diberi peluang rasa macam nak selamanya tahun 1 & 2 dan tamat pengajian tanpa perlu lalui tahun akhir. Spread 

TAHUN AKHIR = TESIS = STRESS !

p/s : Hanya mereka yang telah/sedang lalui akan memahami. *nak nangis woo*

-sekepinghati-

Thursday, September 20, 2012

Kad Raya

Assalamualaikum...

Baru nak update pasal kad raya? Dah basi la weh! Huahua. Ampun maaf pemberi kad raya. Huhu. Ok. Macam yang Hana dah cakap kat last entry. Tahun ni Hana dapat 2 kad raya daripada kawan blogger iaitu Hery & Buu. Meh tengok kad raya dorang bagi !


Jom usha2 dalam pulak. Apa agaknya yang dorang tulis.

http://www.hazwanhairy.com/
Ok. Yang atas ni daripada Hazwan Hairy. Kad beliau sendiri yang didesign dan dicetak oleh BOX Creative. Tengoklah siap ada nama & gambar beliau yang macho lagi. Hoho. Bestnya hantar kad ada muka kita. Hihi. Kalau ada yang rasa tahun depan nak buat kad raya macam ni hantar kat kawan-kawan boleh la klik --> SINI

http://bubushumel.blogspot.com/
Kad raya yang kedua ni datangnya daripada Cik Buboo yang omey macam tulisan beliau jugak omey je. Kan kan? Tengok la cantik & kemas je tulisan beliau. Hihi. Beliau ni sangat la humble. Siap minta maaf kalau-kalau kad yang diberi ini simple sangat. Dah ada orang bagi kad raya pun Hana dah happy sangat la Cik Buu. Lagi-lagi dengan ayat depan kad "Semoga Dirimu Mengerti, Untukmu yang Dirindui". Hihi. Berbunga-bunga rasa.

Terima kasih banyak Hery & Buu. Kad raya pertama Hana dapat daripada kawan blogger. Terharu. ='D InsyaAllah tahun depan Hana balas kad korang & bagi pulak kad raya kat blogger lain. Oh ya. Bagi yang tak kenal Hery & Buu lagi jom jalan-jalan blog dorang. Spread 

-sekepinghati-

Wednesday, September 12, 2012

:: Setelah 40 Hari Menghilang ::

Assalamualaikum...

Annyeong korang. Lama sungguh tak update. Oh My Bad! Check traffic. Eh. Masih ada yang datang sini setiap hari. Thanks to followers & readers yang masih menjenguk-jenguk sini walaupun memang lamo beno ha den tak hapdate. Dah macam tempoh berpantang 44 hari dah ni. Kuikuikui~

Ohh. Harap masih tak terlambat nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI pada syawal yang ke-25 ni. Ampun maaf segala salah silap yang secara tidak sengaja melukakan sesiapa, terkasar bahasa, tutur kata di alam blogging ini. Terima kasih Incik Hery & Cik Buu yang sudi hantar kad raya! Nanti Hana update entry khas untuk korang k. 

Wah. Masih banyak benda nak story-mory dengan korang. Tapi cukuplah entry intro kemunculan setelah menghilang berakhir di sini. Till then. Spread  

-sekepinghati-

Friday, August 3, 2012

:: Kuih Raya Zaman Tok Hampa ::


Assalamualaikum...

Hari raya tanpa kuih raya? Err~ macam bukan raya je kan. Pergi la setiap rumah mesti ada kuih raya kat atas meja. At least dalam 4 5 jenis.  Ke memang ada antara readers yang rumah dia memang tak pernah ada kuih raya? Huhu. Kuih raya yang paling fofuler tentulah "london badam" & conflakes madu atau coklat. Ye dak? Kalau tak caye raya ni ce pergi survey setiap rumah yang korang pergi beraya.

Zaman-zaman dulu tak ada sangat kuih raya yang macam sekarang. Dulu paling pemes bahulu la kan. Lepas tu ada kuih bakar, putu kacang, putu beras. kalau kategori kerepek ni masih banyak lagi yang boleh jumpa zaman sekarang ni. Macam tempeyek, ros/goyang, tiram/lidah buaya. Lepas tu mesti ada agar-agar kering (feberet budak-budak nih). Err~ budak-budak sekarang kenal ke tak biskut yang Hana sebut ni? Eheh. Hana pun lahir era 90-an. So, tak banyak sangat kuih raya tradisional yang Hana tau.

Ni kuih feberet Hana. My "Tok" putu kacang yang sangat yummy! 
Sumber : incik Google 
Korang ingat lagi biskut raya zaman dahulu kala yang mak atau nenek korang selalu buat untuk raya? Biskut apa yang paling korang suka sangat & agak-agak zaman sekarang ni boleh jumpa lagi tak biskut tu? Jom kembalikan nostalgia kuih raya zaman dahulu ! =D

p/s : Hari ni Hana dah nak start buat kuih raya! Awal? Err~ ni untuk abang Hana bawa balik ke Sarawak Isnin ni. Tahun ni beliau tak dapat cuti raya. Huhu.

-sekepinghati-

Thursday, August 2, 2012

Salah Siapa?

Assalamualaikum...

ENTRY YG AGAK PANJANG TAPI DIHARAP READERS DAPAT MEMBANTU MEMBERI JAWAPAN KEPADA PERSOALAN INI.

Situasi : Ada 2 orang perempuan, Hana labelkan sebagai "Cik A" & "Cik B" dan seorang lelaki.

Cik B ni dah berhubungan dengan lelaki ni selama 3 tahun. Secara tiba-tiba Cik B minta putus dengan alasan mahu fokus kepada pelajaran dan mahu berubah ke arah kebaikan. Cik B seakan tersedar yang hidup berkapel ni sebenarnya banyak mendatangkan dosa. Jadi dia mahu berubah Lillahi Taala. Tapi dengan perjanjian bersama lelaki itu yang dia akan setia menunggu. Setelah tamat pengajian mereka akan berkahwin. Cik B mahu yang terbaik untuk dia dan lelaki itu dan juga mahu lelaki tersebut berubah bersamanya.

Dalam sebulan kemudian tiba-tiba Cik B dapat tahu yang lelaki itu sudah mempunyai kekasih baru. Alasan lelaki itu, dia tertekan dengan putus hubungan itu dan dalam masa yang sama Cik A meminta lelaki itu menjadi kekasihnya. Cik A ni sama kolej dengan lelaki. Junior dia la kiranya. Hati Cik B hancur luluh sebab lelaki tu dah mungkir janji. Tapi Cik B redha dan masih menganggap lelaki itu sebagai kawan. 

Setelah setahun mereka berkapel, lelaki itu sedar yang Cik A ni perangai dia sangat berbeza dengan Cik B. Jadi Cik B dijadikan tempat dia mengadu tentang hubungannya dengan Cik A. Sikap dan perangai Cik A. Satu hari Cik A dapat tahu Cik B berhubungan dengan lelaki itu dan terus maki hamun Cik B dengan macam-macam maki & hinaan yang melampau. (betina sampah, betina sundal, bodoh, sial, gampang) Tapi Cik B tak balas satu pun makian dan hinaan tu. Sebaliknya Cik B cakap elok-elok dengan Cik A walaupun kata-kata itu sedikit pedas. Mungkin itu yang menaikkan marah Cik A dan dia berterusan memaki Cik A hingga ke laman FB dijaja makian tersebut. Cik B juga punya tahap kesabaran tapi demi kebaikan semua dan tak mahu Cik A datang menyerang hingga ke rumah. Ketika itu mak Cik B sakit. Dia tak nak jadi apa-apa pada mak dia. Akhirnya Cik B membiarkan Cik A meroyan sorang-sorang. Lelaki itu seperti terkena buatan sekadar mendiamkan diri tanpa buat apa-apa. Malahan membiarkan Cik A menggunakan HPnya untuk hubungi Cik B untuk memaki hamun. Cik B sedar dia bukan perempuan yang baik tapi sepanjang hidup dia tak pernah maki orang. Perempuan melayu jenis apa yang ada mulut dan perangai begitu?

Hampir setahun Cik B dan lelaki itu tak dapat berhubung dek kerana Cik A yang mengongkong hidup lelaki itu. Hingga satu hari lelaki itu kembali menghubungi Cik B dan menyatakan dia syak Cik A curang dengan dia.  Cik A juga memberi penghinaan yang besar kepada lelaki itu apabila lelaki itu cakap mereka sudah lama tak keluar sama, Cik A menjawab, "siapa nak keluar dengan lelaki yang tak ada duit?". Lelaki itu bukan orang senang, dia masih belajar. Akhirnya semua terbukti. Cik A memang curang. Hingga di laman FBnya turut ada gambar bersama kekasih barunya. Lelaki itu menyesal. Tapi semua dah terlambat. Cik B dah membuka hatinya untuk seorang lelaki lain dan sudah bertunang. Kini Cik B di tahun akhir pengajian dan mereka akan berkahwin setelah tamat pengajian. Hampir 2 tahun Cik B cuba pulihkan semangatnya sendiri & akhirnya dia berjaya walaupun pada mulanya dia menerima pinangan itu sebagai satu cara nak lupakan lelaki itu. 

Cik B sakit melihat lelaki yang dia sayang dan kini kawannya disakiti Cik A, perempuan yang pernah memakinya dulu kerana seorang lelaki. Lalu Cik B menghantar SMS dengan cara baik sekadar bertanya "kenapa mudah berubah hati? Senang ke tukar pasangan seperti tukar baju? Sebab apa buat dia camtu? sebab duit? kesempurnaan?" dan Cik A kembali menunjukkan perangai seperti dahulu. Dia menjaja di laman FB dan cakap akan sound Cik B tak kira la bulan puasa ke tak. Cik A cakap Cik B menyibuk hal dia sedangkan niat Cik B mahu dia berfikir kembali apa yang dilakukannya tu betul atau tak. Cik A update dekat FB kata nak jadi yang terbaik di sisi Allah, nak berubah. Tapi Cik B tengok perangai & mulut dia masih tak berubah. Kata nasihat Cik B pun disalahertikan. Cik A cakap dia akan bercakap pakai tangan & kaki dengan Cik B. 

Jadi siapa salah? Cik A yang rampas lelaki itu ke? memaki hamun tetapi akhirnya berlaku curang dengan lelaki lain? Cik B kah  yang menyibuk mendengar masalah bekas kekasih yang dianggap kawan sendiri dan menasihati Cik A atas perbuatannya? Atau lelaki itu yang tidak berpegang pada janji untuk terus setia dan menerima kekasih baru dalam hidupnya? TAMAT berdasarkan kisah benar.

 Pada pandangan korang siapa yang salah?

Sunday, July 29, 2012

Jenis-jenis Waktu Solat

Assalamualaikum...

Hari ni Hana nak share jenis waktu solat. Mungkin ada yang dah tau tapi Hana rasa ramai lagi yang belum tahu secara detail. Meh kita usha meh.

1. Waktu Fadhilah (waktu utama) 
Tempohnya adalah 10 - 15 minit selepas azan dikumandangkan. 
(Muslim yang menunaikan solat pada tempoh ini bukan sekadar dapat pahala solat tetapi DITAMBAH BONUS PAHALA WAKTU FADHILAT)

2. Waktu Ikhtiar (waktu yang lapang)
Tempohnya adalah bermula selepas waktu utama hingga sebelum masuk waktu solat yang lain.

3. Waktu Mubah (waktu harus)
Tempohnya adalah sekadar cukup untuk menunaikan solat fardhu sahaja, selesai sahaja solat terus terdengar azan tanda masuk waktu solat yang lain.

4. Waktu Makruh (waktu yang ditegah)
Tempohnya adalah belum selesai solat fardhu, azan telah dikumandangkan untuk waktu solat yang lain.

5. Waktu Haram 
Tempohnya adalah solat di dalam waktu solat yang lain yakni QADHA (ganti) solat.
Contoh : Solat Zuhur dalam waktu Solat Asar.

Jadi, Yang mana satu menjadi kebiasaan waktu solat kita? Atau masih ada yang masih belum cukup waktunya dalam mengerjakan solat? Atau masih ada yang tidak solat langsung? Muhasabah diri.

Kepada mereka yang masih tidak menunaikan solat. Fikirlah. Jika Allah meletakkan harga pada setiap sedutan oksigen yang anda nikmati secara percuma sekarang. Anda mampu bayar? BERSYUKURLAH, maka SOLATLAH sebagai tanda anda bersyukur!

Sumber : Facebook Syarifah Fatimah Nur'asyiqin Al-Yahya

-sekepinghati-

Thursday, July 26, 2012

Aku Terjah! Aku Follow! Apakah itu?

Assalamualaikum...


Eheh. Hana men-join-kan diri dalam segmen incik Azizi setelah ditag oleh incik Hery.
Sepantas kilat Hana update sebab 50 TERAWAL DAPAT 4GB PENDRIVE!
Korang nak dapat pendrive jugak? Cepat! Cepat! (KLIK SINI)
Tarikh tutup : Setelah cukup 100 bloggers

Kenapa Hana Terjah ?
Selalunya Hana akan terjah mereka yang singgah kat blog Hana tak kira siapa pun. Dan Hana akan terjah lagi! dan lagi! bila  Hana dah betul-betul tertarik dengan blog tu dari segi content & rupa blog tu.

Kenapa Hana Follow ?
Hana follow untuk tingkatkan followers (mestilah kan? hehe) tapi paling penting nak cari kawan-kawan alam maya yang serasi bersama & sekepala time susah senang *peace* ^.^ v 

Hana TAG :

Nak Beli ke Tak ? =/

Assalamualaikum...

Gucci Classic in Brown
Handbag idaman. Nak sangat-sangat !

Duit dah ada tapi nanti nak dekat raya nak jalan-jalan shopping dengan kawan-kawan. Dah tentu-tentu shopping sakan. Duit lagi. Nak buka puasa kat luar lagi. Duit jugak. Adess.
Korang rasa patut ke tak Hana beli? #Delima sungguh aih. =.='

Wednesday, July 25, 2012

Terima Kasih Hery =p

Assalamualaikum...

Kihkih~ nama si Hery agak dah sebati dalam blog Hana. Aiceh~ yela. Sejak mula-mula kenal blogger ni terus cam rapat walaupun sekadar kawan di alam maya sahaja. Sebab beliau sangat cool & peramah also. First Hana kenal masa mula-mula join contest kedua beliau. Cipta slogan (SINI) & Alhamdulillah selepas disaring menyaring bagai. Hana berjaya dapat no.3 ! Sebab Hana tertarik nak join? Syarat contest beliau yang sangat simple. Tak payah nak like & follow sampai berpuluh orang & paling penting hadiah beliau lain dari yang lain iaitu sijil penghargaan & penanda buku (antara hadiahnya). Siapa tak tertarik kan? Huhu. 

Hadiah ketiga contest kedua Hery
Hoho. Lambatkan Hana update entry pasal hadiah. Orang lain dah lama dah gamaknya. Hehe. Hana saje update lambat sebab sekarang Hana join contest ketiga pulak (SINI) sekaligus contest MEGA (SINI). Woohaaa! Dua-dua Hana kaut. Hadiah contest MEGA lagi dasat! Hadiah TROFI kot. So, memandangkan senarai peserta contest ketiga dah keluar, Hana update entry ni supaya peserta-peserta yang baru join contest Hery ni dapat tengok hadiah yang menarik sekaligus membuak-buak rasa nak menang! GOOD LUCK KEPADA SEMUA PESERTA CONTEST KETIGA & CONTEST MEGA HAZWAN HAIRY !

Terima kasih Hery. Biasalah mood berblogging ni ada naik turunnya, nak-nak pulak bila kita ada masalah. Nak menulis pun malas. Tapi ape pun hope kamu terus berblogging. Masalah & dugaan adalah untuk menguji kita. Membuatkan kita semakin kuat & matang dalam menjalani hari-hari mendatang. Walaupun sampai satu ketika tiada sesiapa disisi kamu. Ingatlah DIA sentiasa ada setiap masa. *peace ^.^ v Jom cari balik mood yang hilang tu! Pergi bercuti dengan followers semua. Amacam? Hehe. =D

P/s : Yang mai singgah blog Hana ni Hana nak minta tolong like HEADER (SINI) untuk contest MEGA untuk melayakkan Hana dapat Trofi =p

Friday, July 20, 2012

YEAY ! Esok Puasa ! =D

Assalamualaikum...

 Ahlan Wa Sahlan Ramadhan Kareem 


Firman Allah SWT : "Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa" (Al-Baqarah : 183)

Hana nak ucapkan SELAMAT BERPUASA kepada umat Islam di seluruh dunia.
Bagi yang dah wajib puasa tu jangan ponteng-ponteng tau melainkan dengan keuzuran ye *peace* HEHE.

p/s : kawan-kawan yang sudi singgah, bantu Hana KLIK LIKE SINI untuk contest header popular Hazwan Hairy ni ye. Thanks ! 

-sekepinghati-

Thursday, July 19, 2012

Kerna Cinta PadaNYA ♥

Assalamualaikum...

Kerna cinta kepadaNYA mereka kembali tersedar.
Dari mimpi & lamun yang panjang.
Alhamdulillah. Hana suka tengok & happy sangat.
Ayu & sejuk aje mata melihat kan?


Siapa tak kenal. Siapa tak tahu kehidupan mereka sebelum ini.
Biar siapa pun mereka sebelum ini. Kini mereka mungkin lebih baik dari kita.
Sungguh Hana kagum dengan mereka.
Semoga mereka terus istiqamah dalam perubahan ini. Amin....

Entry pendek sebagai muhasabah diri Hana sendiri. Hah! Salah seorang kawan Hana pun Alhamdulillah. Kini kembali bertudung. Ayu berbaju kurung DP dia. Walaupun tak kawan rapat sangat dengan dia tapi Hana happy sangat2 dengan perubahan dia. Semoga berterusan & tabah menerima dugaan dalam perubahan. Betul kata seseorang tu pada Hana. Bila kita mula nak berubah ke arah kebaikan, maka kita akan mengalami banyak dugaan & ujian  tapi dalam masa yang sama, Dia menganugerahkan orang-orang yang baik bagi menyokong dan membimbing kita ke arah itu. Sekian.

P/s : Mereka sudah. Saya? Anda? Kita? Bila lagi? Jika ini Ramadhan kita yang terakhir? Bagaimana?

-sekepinghati-

TOLONG ! TOLONG !

Assalamualaikum...
(Entry melekat! Scroll down untuk view entry baru)

Tolong Hana boleh ? Hana join Contest Mega Hazwan Hairy. Nak join jugak ? KLIK SINI . Tarikh last hantar penyertaan 22 Julai & last vote/like 26 Ogos 2012. Hadiah menarik seperti TROFI kepada yang dapat like terbanyak. NAK MINTA MEREKA YANG SINGGAH BLOG HANA LIKE header di bawah. Huhu. Bagi yang dah like Hana nak ucap jutaan lemon TERIMA KASIH. Hana hargai sangat bantuan dari korang. Hari ni korang tolong Hana, lain kali Hana tolong korang pulak. Bagi yang nak minta bantuan Hana jugak. Boleh komen di bawah ye. Sekali lagi. Thanks ! Korang sporting ! =D

[ klik picture ini & LIKE ]

-sekepinghati-

Tuesday, July 17, 2012

Mana ZackZukhairi ?

Assalamualaikum...

Blogger mana yang tak kenal ZZ ni hampa memang bukan blogger sejati ! *sukasuka nak label orang, kang ada yang kena unfollow baru padan muka kau Hana* HEHE. Maap. Maap. Tapi ZZ ni kan antara blogger yang pemes dengan penulisan santai brutal yang disertakan dengan lukisan kartun beliau yang sangat comel ! So, memang orang dah kenal dah beliau ni. Nah! KLIK SINI. Gerenti korang dah baca tu nak baca lagi.

Hana memang minat sangat dengan beliau karya yang dihasilkan. Once masuk blog beliau mesti melekat sebab entry beliau memang mampu buat orang gelak terbahak baca, boleh hilang segala stress. Nak2 pulak dihiasi dengan kartun-kartun yang bam-bam tu. Ulang baca 2 3 kali pun tak bosan. ZZ ni jugaklah pencetus minat Hana nak berblog bagai ni haa.

Tapi persoalannya sekarang, mana ZZ ni menghilang? Merajukkah? Ke'busy'an kah? Apa-apa pun marilah kita berdoa semoga incik ZZ ni sentiasa baik-baik la hendaknya. Amin....

p/s to ZZ : Kalau lu baca entry guwa ni mohon lu update entry. Peminat lu dah rindu nak baca karya lu bro. Kat CBox pun masing-masing dah mengongoi minta update entry. Huhu.

Antara karya beliau
-sekepinghati-




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...