Tuesday, October 1, 2013

Resepi Kek Coklat Sedap !

Assalamualaikum...

Dah berhari-hari tak ada idea nak update entry. Dah la tak tebus-tebus lagi dosa meninggalkan blog begitu sahaja. End up terfikir. Apa kata share resepi kek coklat moist kegilaan ramai. Mudah dan ringkas. 

Bahan-bahan :
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan minyak jagung
1 cawan tepung kek
3 biji telur (pukul sedikit)

Cara-cara :
1) Campur serbuk koko, gula, susu pekat dan susu cair dalam periuk. Masak atas api sederhana sampai   gula hancur (sentiasa kacau supaya bawahnya tak hangit).

2) Masuk minyak jagung dan kacau sebati. Lepas tu masuk telur sambil kacau.

3) Masuk tepung sedikit demi sedikit. Dah sebati tutup api. Gris loyang dengan minyak dan kalau ada kertas baking boleh alas supaya tak melekat. 

4) Tapiskan adunan dalam loyang (supaya tak ada tepung berketul bila kek dah masak) dan kukus selama 45 minit dengan api sederhana. Oh. Make sure kukus dipanaskan dulu dan airnya dah mendidih ye.

Topping :


Masak coklat masak dengan kaedah double boiler. Bila coklat masak dah hancur masukkan susu cair ikut kepekatan yang disukai

Senang je kan. #ShouldTry

Spread L.O.V.E

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...