Friday, November 30, 2012

CONTEST KALENDER 2013 EKSKLUSIF HAZWANHAIRY | BOX CREATIVE

Assalamualaikum...

Setelah lama menghilang tuptup muncul gara-gara contest abam spotim nih. Kehkehkeh~

Korang dah ada kalendar 2013 kat rumah? Apa? Takde lagi??
Haa. Oleh itu, meh reramai join contest Hazwan Hairy ni. 
Korang mungkin bertuah (Encik Random.org yang akan pilihkan) memiliki kalendar eksklusif dari beliau. Lalu dapatlah korang menempekkan kalender ni di dinding rumah. 
|
|
|
V
TARIKH TUTUP : 12/12/12
klik untuk join ---> SINI

Super duper cool kan kalendar ade gambo sendiri.
Kalau korang berminat nak buat pun boleh PM beliau di FB. 
Jangan risau. Beliau sangat sporting!

Spread 

-sekepinghati-

Thursday, November 15, 2012

SALAM MAAL HIJRAH 1434H

Assalamualaikum...

credit : facebook.com/hijjaz/deviantart.com
Semoga tahun baru ini kita berubah ke arah kebaikan walaupun sedikit dan menjadi semakin baik. Baik bukan sahaja dari segi akhlak, pakaian, tutur kata tetapi juga dari segi komitmen, tanggungjawab dan sebagainya yang berkaitan sesuai sebagai khalifah di bumi ini. Semoga juga segala kebaikan ini sentiasa istiqamah (berterusan). InsyaAllah.

p/s : Hana mahu berubah jadi lebih rajin untuk menyiapkan assignment dan tesis. Azam korang apa?

p/s 2 : Rakan-rakan. Ayuh doakan saudara-saudara seislam kita di Gaza. Semoga mereka diberikan kesabaran dan lindungan Allah SWT. Amin...

Spread 
Pray for GAZA

-sekepinghati-



Thursday, November 8, 2012

Hello Cameron !

Assalamualaikum...

Hai Hello semua. Hana baru pulang dari Cameron Highland Ahad lalu bersama Kelab Wawasan UKM. Memang dah berhari-hari yang lalu tapi baru sempat nak mengupdate. kihkih~ 

Cuaca di Cameron sekarang tersangatlah sejuk sebab musim hujan kan. So, sesiapa yang bakal ke Cameron tu bawa baju sejuk yang tebal ye. Jangan jadi macam Hana yang hanya pakai cardigan, mentang-mentang rumah dekat dengan Genting konon dah biasa dengan cuaca sejuk. Sekali sampai sana. Mengeleteq satu badan weh! Sejuk sampai tulang hitam.

Kalau pergi Cameron tak sah kalau tak pergi pasar malam Berinchang kan? Maka bershopping sakanlah mereka di pasar malam tersebut. Hana cuma beli strawberry, dried strawberry, strawberry tea & souvenir untuk kawan-kawan.

Ahad pagi bersiap untuk hiking Gunung Berinchang! Yeay! First time hiking gunung. Selalu bukit je. And first time jugak la Hana muntah di pertengahan pendakian. Mungkin gara-gara breakfast nasi lemak. Walaubagaimanapun Hana tetap berjaya daki sampai puncak! Bravo. Daki best part turun lemau tapi boleh la sight-seeing sebab lalu ladang teh.

Apa pun memang best! At least dapat lupakan stress tesis. Ok la buat warga kota yang stress untuk datang bercuti di Cameron sebab suasana dia senyap, nyaman, fresh & hijau!

Pergilah bercuti. Segalanya ada di Malaysia. Cuti-cuti Malaysia. =D

PUNCAK GUNUNG BERINCHANG
KELAB WAWASAN, UKM
Spread 

-sekepinghati-

Friday, November 2, 2012

How Do I Love U? =|

Assalamualaikum...

Hello readers. Semoga urusan kalian pada hari Jumaat, penghulu segala hari ini lancar dan dipermudahkan. Amin. Oh. Mesti korang semua dah muak Hana asyik la update pasal thesis. OH MY! Perempuan ni tak ada cerita lain ke nak story? Kikiki~ Ampun maap. Hana dalam ketensionan. Tak tau nak cerita kat siapa. So blog jadi mangsa. 

So now, again dan over again. Nah! 


Errkk. Agak-agak boleh jatuh cinta tak kalau buat macam ni? =.='

Spread 

-sekepinghati-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...