Tuesday, October 1, 2013

Resepi Kek Coklat Sedap !

Assalamualaikum...

Dah berhari-hari tak ada idea nak update entry. Dah la tak tebus-tebus lagi dosa meninggalkan blog begitu sahaja. End up terfikir. Apa kata share resepi kek coklat moist kegilaan ramai. Mudah dan ringkas. 

Bahan-bahan :
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan minyak jagung
1 cawan tepung kek
3 biji telur (pukul sedikit)

Cara-cara :
1) Campur serbuk koko, gula, susu pekat dan susu cair dalam periuk. Masak atas api sederhana sampai   gula hancur (sentiasa kacau supaya bawahnya tak hangit).

2) Masuk minyak jagung dan kacau sebati. Lepas tu masuk telur sambil kacau.

3) Masuk tepung sedikit demi sedikit. Dah sebati tutup api. Gris loyang dengan minyak dan kalau ada kertas baking boleh alas supaya tak melekat. 

4) Tapiskan adunan dalam loyang (supaya tak ada tepung berketul bila kek dah masak) dan kukus selama 45 minit dengan api sederhana. Oh. Make sure kukus dipanaskan dulu dan airnya dah mendidih ye.

Topping :


Masak coklat masak dengan kaedah double boiler. Bila coklat masak dah hancur masukkan susu cair ikut kepekatan yang disukai

Senang je kan. #ShouldTry

Spread L.O.V.E

Saturday, September 14, 2013

COME BACK POST

Assalamualaikum...

Hana. Ingat kamu retis ke nak buat come back kunun. Kihkih

Pertama-tama Hana mohon maaf & terima kasih pada semua yang masih menjenguk blog usang Hana. My bad. Ni la akibat bila dah terlalu lama tinggal blog dalam usaha siapkan tesis dan juga sepanjang tempoh praktikal. Malas ya amat nak menulis balik. Huu~

Alhamdulillah. Tesis Hana dah selesai. Result pun dah dapat. Alhamdulillah. Keputusan yang tidak dijangka. Terasa berbalas sekang mata & juga air mata yang mengalir sepanjang usaha menyiapkan tesis. Benarlah kata seorang mak cik kepada Hana : Allah ni dia sayang hamba Dia. Dia bagi kepayahan (ujian) tapi bila kita berjaya harungi ujian tu. Dia balas dengan kegembiraan yang kita tak pernah sangka. Allahu.

Terima kasih Allah.

p/s : Hana akan follow yang mereka yang follow Hana & tinggal link. Thanks. 

Spread L.O.V.E


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...