Sunday, July 29, 2012

Jenis-jenis Waktu Solat

Assalamualaikum...

Hari ni Hana nak share jenis waktu solat. Mungkin ada yang dah tau tapi Hana rasa ramai lagi yang belum tahu secara detail. Meh kita usha meh.

1. Waktu Fadhilah (waktu utama) 
Tempohnya adalah 10 - 15 minit selepas azan dikumandangkan. 
(Muslim yang menunaikan solat pada tempoh ini bukan sekadar dapat pahala solat tetapi DITAMBAH BONUS PAHALA WAKTU FADHILAT)

2. Waktu Ikhtiar (waktu yang lapang)
Tempohnya adalah bermula selepas waktu utama hingga sebelum masuk waktu solat yang lain.

3. Waktu Mubah (waktu harus)
Tempohnya adalah sekadar cukup untuk menunaikan solat fardhu sahaja, selesai sahaja solat terus terdengar azan tanda masuk waktu solat yang lain.

4. Waktu Makruh (waktu yang ditegah)
Tempohnya adalah belum selesai solat fardhu, azan telah dikumandangkan untuk waktu solat yang lain.

5. Waktu Haram 
Tempohnya adalah solat di dalam waktu solat yang lain yakni QADHA (ganti) solat.
Contoh : Solat Zuhur dalam waktu Solat Asar.

Jadi, Yang mana satu menjadi kebiasaan waktu solat kita? Atau masih ada yang masih belum cukup waktunya dalam mengerjakan solat? Atau masih ada yang tidak solat langsung? Muhasabah diri.

Kepada mereka yang masih tidak menunaikan solat. Fikirlah. Jika Allah meletakkan harga pada setiap sedutan oksigen yang anda nikmati secara percuma sekarang. Anda mampu bayar? BERSYUKURLAH, maka SOLATLAH sebagai tanda anda bersyukur!

Sumber : Facebook Syarifah Fatimah Nur'asyiqin Al-Yahya

-sekepinghati-

13 comments:

  1. Salam Hana.

    Elok berkongsi info macamni..kdg2 yg dah tahu pun, terlupa.. :)

    ReplyDelete
  2. Lana > W'salam. Huhu. InsyaAllah. Sama-sama kita saling mengingat =)

    ReplyDelete
  3. solat ruh wajib kan.. cuba bab melengah-lengahkan solat selalu lah buat.. adoi..

    ReplyDelete
  4. tq dik, perkongsian yg bagus ni

    ReplyDelete
  5. HaniAsyira > yup. solat wajib walau dalam apa keadaan sekalipun. Huhu. Jom kita ubah sama-sama. =)

    ReplyDelete
  6. Mawardi > u r welcome. InsyaAllah. kita saling memperingat antara kita ok =)

    ReplyDelete
  7. Hery > maceh hery. sama-sama kongsi ilmu =)

    ReplyDelete
  8. yang haram tu agak keliru.. Qadha tu Haram??

    ReplyDelete
  9. Sedutzone > qadha tu jadi WAJIB apabila kita dah tinggalkan solat tanpa keuzuran. Waktu yg dinyatakan kat situ adalah waktu solat m'ikut peringkat-peringkat. Maknanya peringkat tu dah jadi haram untuk kita solat niat secara biasa tanpa niat qadha. Err. paham ke? huhu =)

    ReplyDelete
  10. owhh... okie2... thanks.. ahakz...

    ReplyDelete

Terima Kasih atas Komen Anda ^_^ v

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...