Friday, July 13, 2012

♥ MEREKA INSPIRASI ♥

Assalamualaikum...

Ya! Mereka Inspirasiku. Inspirasi apakah? Inspirasi dalam hidup. Dalam dunia blogging. Kalau korang perasan. Hana dah tambah bloglist kat sidebar. Blog mereka ni lah yang Hana akan update hari-hari tengok ada entry baru ke tak. Hoho. Nak tahu siapa mereka yang Hana admire sangat2 tu & kenapa Hana suka sangat singgah blog mereka?

Blog kak Fyna ni lebih kewanitaan. Pasal make-up, tips kecantikan, fesyen-fesyen terkini, tutorial shawl & make-up. So, lebih sesuai la untuk perempuan tapi siapa kata lelaki tak boleh baca? Boleh aje. Boleh jugak tambah-tambah pengetahuan pasal wanita. Hehe. Beliau juga seorang mak andam. Hasil tangan beliau sangat WOW! Tak percaya? Tengok la sendiri. Kalau korang area utara sana. Boleh la book kak Fyna ni. Apa yang Hana suka sangat kalau tengok tutorial kak Fyna ni, dia tak ada nak berjela-jela sangat intro cam sesetengah v-log tu merepek apa entah. Straight to the point terus. Nak view pun tak bosan. Best!

Blog beliau ni pun sama. Macam-macam ada. Daripada tips kecantikan, kesihatan, hiburan. Sangat enjoy bila berada dalam blog beliau. Sebab ape? Sebab beliau ni lah antara blogger yang sangat la peramah. Tak kira korang komen kat blog ke, twitter ke, Cbox ke, page FB ke. Korang tak kan kecewa. Beliau pasti akan layan. Walaupun beliau ni dah hampir taraf retis-retis gitu. Tapi tak sombong pun. Tu yang buat Hana salute sangat dengan beliau ni & beliau jugalah yang kembalikan semangat 'blogging' Hana. Huhu.

Hana mula-mula kenal beliau apabila heboh satu dunia blogging pasal 'blogger kahwin muda'. Walaupun ramai yang sokong tapi ramai jugak lah yang mengutuk. Beliau dikecam dengan pelbagai ketidakpuasan hati. But Hana kagum beliau dapat atasi haters beliau dengan penuh berhemah. Thumbs up untuk beliau! Kini beliau sedang berbahagia bersama suami & anak serta bakal anak. Blog beliau juga banyak entry pengisian rohani. Buka je blog beliau. Hati tenang dengan kalimah-kalimah suci yang menghiasi blog beliau. 

Hana suka singgah blog kak Rai ni pulak sebab blog dia banyak resepi-resepi yang best lagi-lagi resepi bake! Eheh. Hana memang suka makan & suka tengok orang makan. So, blog kak Rai ni la selalu jadi tempat rujukan Hana. Boleh kata dia ni sifu online Hana jugak lah. kihkih~ Hana salute & kagum dengan kak Rai. Beliau bakal doktor + pandai masak ! Wah. Jeles. Nak jadi cam kak Rai jugak! 

Sebenarnya ada lagi sorang blogger yang Hana suka sangat-sangat. siapa? ZackZukhairi. Beliau lah pencetus minat Hana untuk menceburkan diri dalam dunia blogging ni. Penulisan beliau sangat santai tapi penuh pengajaran. Tapi mana zack pergi? Huhu. Senyap tanpa berita. *rindu* So, itu lah serba sedikit pasal mereka yang Hana admire sangat. Nak kenal lebih rapat dengan mereka? Apa lagi. Terjah !!! =D

-sekepinghati-

2 comments:

  1. sobsob terharunya!...knp arini bru tau..msti time line xde ni :-( ampun yea hana..hope dpt kwn smpai bebiler...heheh...tq so much..hrgai sgt3

    ReplyDelete
  2. saje je tak nak bagi tau. heheh. InsyaAllah. kawan smpai bebiler. kalau dah tak aktif blog pn hana support hery =P

    ReplyDelete

Terima Kasih atas Komen Anda ^_^ v

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...